T-Fight All-Star 2026 bakal gegar Stadium Titiwangsa

FOTO BERITA: Sidang Media dan Sesi Timbang Berat (Weigh-In) Kejohanan T-Fight All-Star 2026. Turut hadir Buakaw bintang Muay Thai dunia di Royal Chulan, Kuala Lumpur. 23 April 2026 (Khamis)

Kejohanan sukan tempur berprestij, T-Fight All-Star 2026, bersedia menggegarkan Stadium Titiwangsa 24hb April (Esok) dengan barisan pertarungan berprofil tinggi melibatkan atlet tempatan dan antarabangsa.

Perkara itu dimaklumkan dalam Sesi Timbang Berat (Weigh-In) dan sidang media bersama Mohd Khairul Hafiz hassan Marketing officer t fight
Dan Saifulnizam Mohd Shahar
Pengurus Besar Persatuan Muaythai Malaysia yang turut menghimpunkan para petarung, penganjur serta wakil media menjelang kejohanan berkenaan.

Acara T-Fight All-Star 2026 dijangka menjadi tumpuan peminat Muay Thai apabila menampilkan kemunculan sulung legenda dunia, Buakaw Banchamek, yang bakal beraksi dalam perlawanan utama (main event) kategori 70 kilogram. Kehadiran ikon Muay Thai dari Thailand itu dilihat sebagai detik bersejarah buat arena sukan tempur Malaysia

Dalam aksi utama, Buakaw dijadualkan berdepan pencabar dari China, Meng Gaofeng, dalam pertembungan epik Thailand menentang China yang dijangka berlangsung sengit dan penuh intensiti. Meng Gaofeng, 28, memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan termasuk sembilan kemenangan knockout (KO), selain pernah meraih kejuaraan seperti Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion dan IPCC China Champion.

Secara keseluruhan, kejohanan ini akan menampilkan tujuh perlawanan melibatkan atlet dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus memperkukuh statusnya sebagai acara Muay Thai bertaraf antarabangsa.