Serang tanpa sebut nama, ini teknik memfitnah secara mantiq
Sindiran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung isu zakat, dikritik sebagai berbahaya dan berpotensi mencetuskan persepsi salah dalam kalangan rakyat.
Pemerhati Ahmad Hussein, berkata kenyataan Ahmad Fadhli itu merupakan satu bentuk teknik memfitnah secara mantiq iaitu menyerang tanpa menyebut nama secara jelas tetapi memberi gambaran yang boleh ditafsir kepada individu tertentu.
Terdahulu, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menerusi hantaran di Facebook menulis, “Mereka perlekehkan lawan dengan kononnya sentiasa buka ‘tin milo’, rupanya mereka mewah dengan sakau duit zakat”.
Mengulas lanjut, Ahmad Hussein berkata, pendekatan sedemikian mampu memberi kesan negatif terhadap imej kerajaan walaupun tidak dinyatakan secara langsung.
Beliau berpendapat orang awam, khususnya penyokong tegar parti, berkemungkinan akan mengaitkan kenyataan tersebut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding tokoh lain.
Keadaan itu, tegasnya, menunjukkan bagaimana bahasa boleh digunakan untuk membentuk persepsi tanpa perlu membuat tuduhan terbuka.
“Pastinya orang awam wala’un sangka ayat dia dituju terhadap PM Anwar, tak mungkin wala’un sangka ia dituju kepada Ibrahim Ali pula,” tempelaknya.
‘Lughah mantiq’
Menurutnya, pendekatan wakil rakyat Pas itu sebagai kaedah serangan politik berasaskan ‘lughah mantiq’ iaitu penggunaan bahasa secara tersirat untuk mempengaruhi pemikiran khalayak.
Justeru, beliau menggesa agar semua pihak tidak mempolitikkan isu serius seperti dakwaan penyelewengan dana zakat yang sedang disiasat.
Dalam masa sama, Ahmad Hussein menyeru agar usaha membanteras penyelewengan dana zakat, termasuk kes yang dikaitkan dengan individu dalam sebuah NGO, disokong secara bersama tanpa mengira perbezaan politik.
“Bertaubatlah wahai rakan-rakan Pas, usahlah kita bermain politik dalam isu dana zakat RM230 juta yang diseleweng Fakhrudin ahli NGO Ikram, kita perlu bersama membanterasnya,” kata beliau.
Katanya, kerajaan di bawah pentadbiran MADANI telah menunjukkan ketegasan dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat tanpa pilih kasih.
“Fakhrudin Jerung Zakat dikatakan aktif sejak era Kerajaan Pas Tebuk Atap Putrajaya lagi, tapi kenapa dulu tiada tangkapan keatas Fakhrudin?
“Apabila Anwar Ibrahim jadi PM barulah terlondeh segala kes dahsyat jerung-jerung besar, Alhamdulillah,” tambahnya lagi.
BACA JUGA Menteri Agama hadiahkan tajaan 2 tiket umrah, memang rezeki Abang Minyak Hitam Jalanan