Double-Edged Sword Sanusi: Megah umum projek, bila gagal semua salah Persekutuan dan Sejarah
OLEH MOHD IKHMAL ISKANDAR
Kenyataan MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu โmendedahkan satu persatuโ isu projek pembangunan Kedah sebenarnya boleh menjadi ๐ฑ๐ผ๐๐ฏ๐น๐ฒ-๐ฒ๐ฑ๐ด๐ฒ๐ฑ ๐๐๐ผ๐ฟ๐ฑ kepada beliau sendiri.
Masalahnya bukan sekadar siapa yang memulakan projek tetapi siapa yang kemudian mengambil alih, menyambung, mengumum semula, mempromosi, mempertahankan dan menjadikannya modal politik.
Apabila kerajaan negeri memilih untuk meneruskan projek lama, membawa pelabur baharu atau menjadikan projek itu lambang kejayaan negeri, maka tanggungjawab pelaksanaan tidak boleh lagi diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan terdahulu atau Kerajaan Persekutuan.
Dalam bahasa mudah, bila umum projek jangan laju ambil kredit. Bila gagal, jangan semua mahu disalahkan kepada Federal, kerajaan lama, pelabur, pasaran atau kontraktor.
Sebab itu isu seperti ๐๐ซ๐ฃ, ๐ช๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ, ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฅ๐๐ฏ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐๐ถ๐๐, ๐น๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐น๐๐บ๐ฏ๐ฎ, ๐๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐๐บ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฅ๐, perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan siapa yang mencetuskan projek tetapi bagaimana kerajaan semasa mengurus dan menjawab pelaksanaannya.
1. KXP: Projek game changer mesti jawab soalan kewangan
Projek Kulim International Airport atau KXP memang bermula sebelum pentadbiran Sanusi. Namun selepas mengambil alih kerajaan negeri, pentadbiran beliau terus mempromosikan KXP sebagai pemangkin ekonomi baharu Kedah.
Kalau KXP berjaya, pasti ia dijadikan bukti kejayaan pentadbiran semasa. Maka apabila projek gagal atau belum bermula kerajaan negeri tidak boleh berlindung sepenuhnya di sebalik alasan projek lama atau tersekat kerana Federal.
Kerjasama KXP AirportCity Holdings dengan Tahira Air Sdn Bhd pernah diumumkan bagi membentuk SPV Kedah Aerotropolis Holdings Sdn Bhd.
Dalam kenyataan Sanusi sendiri, SPV melalui Tahira Air dikatakan akan mendepositkan 125 peratus daripada anggaran kos pengambilan tanah, kira-kira RM2.5 bilion, dalam tempoh 90 hari bagi membolehkan proses pengambilan tanah dimulakan.
Soalan asasnya:
– Di mana dana RM2.5 bilion itu?
– Sudahkah ia disalurkan?
– Sudahkah pengambilan tanah berjalan secara signifikan?
– Sudahkah financial close berlaku?
– Siapa pelabur sebenar di belakang SPV itu?
Saya sendiri pernah meneliti prestasi Tahira Air Sdn Bhd melalui dokumen awam SSM. Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat itu tidak menunjukkan profil kewangan yang sepadan dengan projek berbilion ringgit jika dinilai secara berdiri sendiri.
Isu lebih besar ialah siapa pelabur sebenar di belakang struktur itu, apakah jaminan kewangan mereka dan adakah dana benar-benar tersedia.
Kebimbangan ini selari dengan kenyataan Rafizi Ramli yang lalu ketika menjadi Menteri Ekonomi. Rafizi juga pernah menegaskan bahawa KXP perlu membuktikan kemampanan kewangan jangka panjang kerana projek itu dirancang menggunakan pelaburan swasta.
Portal rasmi Kementerian Ekonomi juga pernah menyenaraikan keratan bertajuk โ๐ฅ๐ฎ๐ณ๐ถ๐๐ถ: ๐๐๐ฒ ๐ฑ๐ถ๐น๐ถ๐ด๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ ๐ผ๐ป ๐๐ซ๐ฃ ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ฐ๐ ๐๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ผ ๐ฎ๐๐ผ๐ถ๐ฑ ๐ณ๐๐๐๐ฟ๐ฒ ๐ฏ๐๐ฟ๐ฑ๐ฒ๐ป.โ
Justeru, apabila Sanusi membina naratif seolah-olah KXP tersekat kerana Kerajaan Persekutuan atau agensi seperti CAAM, TUDM dan MOT, naratif itu palsu.
Jika pembiayaan belum jelas, pelabur tidak cukup meyakinkan atau model kewangan belum kukuh, proses kelulusan tidak boleh dianggap sabotaj politik.
Rafizi dahulu sudah beri amaran awal: buktikan dulu duit dan kemampuan kewangan. Jangan sampai 2026 dana pengambilan tanah pun masih menjadi tanda tanya tetapi semua mahu disalahkan kepada Federal.
2. Widad Langkasuka: Masa umum mega, bila gagal jadi swasta
Projek ๐ช๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ฑ@๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ di Langkawi diumumkan sebagai pembangunan bercampur bernilai sekitar RM40 bilion, melibatkan ๐ช๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ฑ ๐๐๐๐ถ๐ป๐ฒ๐๐ ๐๐ฟ๐ผ๐๐ฝ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป ๐ญ๐ฎ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น.
Namun apabila Bin Zayed International menarik diri, Sanusi menegaskan ia bukan projek kerajaan negeri sebaliknya projek swasta.
Secara teknikal, mungkin ada asas. Tetapi dari sudut politik pembangunan, ia tetap menimbulkan persoalan.
Kalau projek itu berjaya, adakah kerajaan negeri tidak akan mengambil kredit?
Jika menjadi mercu baharu Langkawi, adakah kerajaan negeri akan berkata, โini projek swasta, kami tiada kaitanโ?
Sudah tentu tidak.
Maka apabila pelabur utama menarik diri, tidak wajar kerajaan negeri berlepas tangan sepenuhnya. Kalau mahu tumpang megah semasa projek diumum, kerajaan negeri juga mesti bersedia menjawab apabila projek itu tidak menjadi seperti digambarkan.
Masa lancar, semua mahu bergambar. Bila gagal, tiba-tiba jadi projek swasta.
—
๐ฏ. ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฅ๐๐ฏ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐๐ถ๐๐: ๐๐ป๐ด๐ธ๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐น๐ถ๐ผ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐๐ฒ๐ป๐๐ ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ธ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ด
Kedah Rubber City juga sama. Projek ini dijual sebagai pembangunan strategik industri getah.
Antara pelabur yang diumumkan ialah ๐๐ผ๐ป๐ด ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ด ๐๐ผ๐ป๐๐ผ๐น๐ถ๐ฑ๐ฎ๐๐ฒ๐ฑ ๐๐ต๐ฑ, melalui cadangan pelaburan sekitar RM3 bilion untuk membina fasiliti nitrile butadiene latex.
Namun pada September 2023, Hong Seng menggantung projek tersebut dengan alasan kelemahan pasaran sarung tangan, keperluan pembiayaan dan faktor luar.
Ini menunjukkan bahawa pengumuman pelaburan tidak semestinya bermaksud pelaksanaan sebenar.
Angka bilion memang sedap disebut dalam sidang media. Tetapi rakyat mahu lihat kerja di tapak, kilang beroperasi, peluang pekerjaan sebenar dan hasil ekonomi yang boleh dirasai.
Maka persoalan tentang due diligence, pemilihan pelabur, mitigasi risiko dan pelan gantian tetap wajar dibangkitkan.
—
๐ฐ. ๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐๐บ๐ฏ๐ฎ ๐ฆ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ถ: ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ป๐ด, ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ด๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ ๐ท๐๐ด๐ฎ ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐ป๐ด
Dalam isu litar lumba Sungai Petani, Sanusi boleh berhujah bahawa projek itu bermula daripada pentadbiran terdahulu.
Namun apabila kerajaan semasa memilih untuk meneruskan atau mengumumkan semula projek itu, tanggungjawab pelaksanaan turut berpindah kepada kerajaan semasa.
Jika benar ada masalah tanah, kos, reka bentuk atau kontraktor daripada pentadbiran dahulu, kerajaan semasa sepatutnya mengemukakan dokumen lengkap, audit, kronologi dan tindakan pembetulan.
Sekadar menyatakan masalah berpunca daripada pihak terdahulu tidak memadai, apatah lagi jika projek itu tetap digunakan sebagai naratif pembangunan.
Prinsipnya mudah: kalau projek diwarisi dan tidak mahu diteruskan, jelaskan. Tetapi kalau diwarisi, dipromosi semula dan dijanjikan untuk disiapkan, kerajaan semasa mesti menjawab kegagalan pelaksanaannya.
—
๐ฑ. ๐ฆ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐๐บ ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐: ๐๐ฎ๐ป๐ท๐ถ ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ ๐บ๐ฒ๐๐๐ถ ๐ฑ๐ถ๐๐ธ๐๐ฟ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ต๐ฎ๐๐ถ๐น
Isu stadium Kedah juga tidak boleh dipisahkan daripada kredibiliti pengumuman.
Pada 2022, wujud kenyataan bahawa stadium baharu KDA FC di Sungai Petani, bersama pusat latihan, diharapkan mampu meletakkan Kedah setaraf dengan JDT.
Namun sehingga kini, hasil yang kelihatan tidak sepadan dengan naratif besar tersebut. Malah KDA FC sendiri kemudian berdepan pelbagai masalah pengurusan, kewangan dan hukuman bola sepak.
Semakin besar janji dibuat, semakin besar tanggungjawab untuk membuktikan hasil.
Kalau sekadar sembang stadium setaraf JDT, tetapi pasukan sendiri bergelut dari sudut kewangan dan pengurusan, rakyat berhak bertanya: ini pelan pembangunan sebenar atau sekadar modal politik bola sepak?
—
๐ฒ. ๐๐ฅ๐ ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต: ๐๐๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฝ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐บ๐ฒ๐ด๐ฎ
Dalam perbahasan projek mega, isu Loji Rawatan Air atau LRA tidak boleh diketepikan kerana ia menyentuh keperluan asas rakyat.
Sanusi sendiri pernah mengakui bahawa projek LRA Sungai Limau berdepan masalah apabila kontraktor gagal menyiapkan kerja dalam tempoh ditetapkan, sehingga kerajaan negeri mengambil tindakan termasuk proses penamatan kontraktor.
Projek naik taraf LRA Sungai Limau bernilai RM89.9 juta itu pula dilaporkan dilaksanakan oleh ๐ช๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ฑ ๐๐๐ถ๐น๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ ๐ฆ๐ฑ๐ป ๐๐ต๐ฑ sebagai kontraktor turnkey seperti dilaporkan Harakahdaily pada 29 Februari 2024.
Nama ini signifikan kerana Widad Builders berada dalam ekosistem kumpulan Widad yang turut dikaitkan dengan ๐ช๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ฑ@๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐๐ธ๐ฎ di Langkawi, projek mega yang akhirnya tidak menjadi seperti digambarkan selepas Bin Zayed International menarik diri.
Maka isu LRA ini bukan sekadar soal kontraktor lambat siap. Ia menimbulkan persoalan tentang disiplin pelaksanaan, pemilihan kontraktor dan keupayaan kerajaan negeri memantau projek kritikal.
Rakyat mahu tahu status sebenar projek, punca kelewatan, tindakan pembetulan, tarikh siap baharu dan jaminan bahawa masalah air tidak berulang.
Projek mega mungkin sedap diumum. Tetapi rakyat tetap hidup dengan isu asas seperti air.
Kalau projek air pun boleh tersangkut, kerajaan negeri tidak wajar terlalu ghairah menjual naratif projek mega tanpa membuktikan disiplin pelaksanaan projek asas.
—
๐ณ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ: ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ท๐ฒ๐ธ ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ถ๐ป
Selepas 2008, Selangor ditadbir Pakatan Rakyat dan PAS merupakan sebahagian daripada Kerajaan Negeri Selangor ketika itu.
Dalam tempoh tersebut, Kerajaan Negeri Selangor meneruskan projek ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ ๐๐น๐ฎ๐ป๐ด iaitu projek warisan atau janji BN sebelum ini. Projek itu dinilai semula, dibiayai melalui keupayaan negeri dan diteruskan untuk manfaat rakyat.
Maka persoalannya kepada Sanusi mudah.
Jika dahulu PAS boleh berada dalam kerajaan negeri yang menyelesaikan projek warisan BN seperti ๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ ๐๐น๐ฎ๐ป๐ด, mengapa apabila memegang jawatan Menteri Besar di Kedah, kegagalan projek sering dijawab dengan alasan pelepas diri?
Projek lama bukan alasan untuk gagal. Projek lama ialah ujian kepada kemampuan kerajaan baharu menyelesaikan masalah.
—
๐ด. ๐๐ธ๐ฎ๐๐ป๐๐ฎ๐ฏ๐ถ๐น๐ถ๐๐ถ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต-๐ฝ๐ถ๐น๐ถ๐ต
Dalam tadbir urus yang baik, kerajaan tidak boleh memilih akauntabiliti secara selektif.
Tidak adil jika kejayaan dikaitkan dengan kerajaan negeri, tetapi kegagalan dikaitkan dengan kerajaan lama, pelabur, pasaran, kontraktor atau Kerajaan Persekutuan.
Sesuatu projek besar mesti dinilai melalui soalan asas:
– Adakah model kewangannya kukuh?
– Adakah pelaburnya mempunyai kapasiti sebenar?
– Adakah dana telah disahkan masuk?
– Adakah jadual kerja realistik?
– Adakah kerajaan negeri ada pelan mitigasi jika pelabur menarik diri?
Ini bukan soal dengki politik. Ini soal kerja kerajaan.
Umum projek memang mudah. Buat majlis pelancaran pun mudah. Letak angka bilion pun mudah.
Yang susah ialah memastikan projek benar-benar berjalan, siap dan memberi manfaat kepada rakyat.
—
๐ต. ๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป: ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐๐บ๐๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐บ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ต๐๐น๐๐ถ ๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ถ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป
Seorang Menteri Besar tidak boleh bercakap besar ketika mengumumkan projek, tetapi menyalahkan orang lain apabila projek itu tidak menjadi.
Jika mahu mengambil kredit sewaktu projek dijaja sebagai kejayaan negeri, beliau juga mesti berani memikul tanggungjawab apabila hasilnya tidak muncul.
Masalah Sanusi bukan semata-mata kerana beliau mewarisi projek lama. Masalahnya, beliau mewarisi projek lama, mengumumkannya semula dengan penuh megah, menjadikannya modal politik tetapi apabila projek itu tidak menjadi, semua kesalahan mahu dihumban kepada orang lain.
Kedah tidak memerlukan pemimpin yang hanya hebat membuka fail lama setiap kali diasak. Kedah memerlukan pemimpin yang berani menutup fail itu dengan penyelesaian.
Kerajaan bukan pentas untuk beralasan. Kerajaan ialah amanah untuk menunaikan.
Maka Sanusi wajar berhenti berlindung di sebalik naratif salah orang lain. Kalau projek diumum atas nama kerajaan negeri, maka kegagalannya juga mesti dijawab oleh kerajaan negeri.
Bercakap besar ketika melancarkan projek, kemudian cuci tangan apabila projek tidak siap, itu bukan lagak seorang Menteri Besar.
Itu lagak orang yang mahu kredit tanpa akauntabiliti.
Hidup jangan ๐ฑ๐ผ๐๐ฏ๐น๐ฒ-๐ฒ๐ฑ๐ด๐ฒ๐ฑ ๐๐๐ผ๐ฟ๐ฑ.