Pas kata nak rampas Muar sebab Syed Saddiq sibuk ‘berendut’ dengan Bella
Pas Johor bercita-cita untuk merampas kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang, yang ketika ini disandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, jentera parti kini sudah mula diperkukuh sebagai persiapan menghadapi PRU.
Dalam Program Ceramah Perdana di Muar malam tadi, beliau berkata, kerusi itu akan dirampas dari Syed Saddiq yang sedang “berendut” dengan penyanyi Bella Astilla.
“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.
“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astilla,” katanya ketika berucap semalam, memetik Malaysia Gazette.
BACA JUGA Mesyuarat tergempar di kediaman rasmi MB Negeri Sembilan