Terkini Aminuddin kekal Menteri Besar Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini mengesahkan beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di sebalik krisis politik yang menyaksikan 14 ADUN BN menarik sokongan terhadapnya.
Aminuddin berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk terus menjalankan tugasnya selepas mempersembahkan situasi terkini politik di Negeri Sembilan, tengah hari tadi.
Mengenai pembubaran DUN, beliau memaklumkan dalam sidang media hari ini bahawa tiada keperluan untuk pembubaran tersebut buat masa ini.
Ini bermaksud kerajaan Negeri Sembilan akan terus berfungsi seperti biasa demi kepentingan rakyat.
Pun begitu sebanyak lima kerusi Exco akan dikosongkan susulan penarikan sokongan daripada BN Negeri Sembilan kepadanya hari ini.