Zahid turun jumpa Adun BN Negeri Sembilan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Umno dan Barisan Nasional Negeri Sembilan dalam masa terdekat, ketika kemelut politik negeri itu semakin mendapat perhatian pimpinan pusat.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan tersebut bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkembangan semasa yang mencetuskan pelbagai spekulasi.
Dalam masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri urusan adat di Negeri Sembilan, selaras prinsip menghormati bidang kuasa negeri.
Menurut Fahmi, pendirian itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa. Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan juga negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan tidak terjejas,” katanya.
Beliau menambah, walaupun terdapat perkembangan politik mutakhir, kestabilan Kerajaan Perpaduan kekal utuh, manakala pentadbiran negeri terus berfungsi seperti biasa.
BACA JUGA Wanita PKR ‘meletup’ ’: Nasihat jangan khianat mandat