SPRM panggil Rafizi beri keterangan 4 Mei ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bagi siasatan berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan.

Siasatan itu melibatkan urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, berkata Rafizi dijangka dipanggil untuk dirakam keterangan pada 4 Mei ini, jam 10 pagi.

Menurutnya, kes membabitkan Ahli Parlimen Pandan itu akan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Hafaz berkata, dipetik BH, rakaman percakapan Rafizi itu adalah selepas pembantunya, James Chai, diambil keterangan selama tiga hari berturut-turut minggu ini.

“Sebanyak 22 keterangan telah diambil, termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025,” katanya lagi.

BACA JUGA Tragedi 61 tikaman: Polis Kelantan berjaya tangkap suspek kurang 24 jam