Nurul Izzah bangkit dengan program Teras, kata penganalisis

Selepas didakwa banyak mendiamkan diri sebaik sahaja menang jawatan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dianggap bangkit dengan projek besar untuk parti itu, Teras.

Bagi penganalisis, Sayuti Omar, PKR nampaknya membuat persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya akan datang, apabila meluncur program Sistem Pengurusan Pilihan raya (Teras) satu program rangka kerja menguruskan perjalanan berpilihan raya.

Peluncuran dan pembentangan Teras dilakukan oleh Timbalan Presiden Nurul Izzah, dalam satu majlis penuh meriah dan bersemangat. Turut mendampingi Izzah, Naib Presiden Amiruddin Shaari.

Teras merupakan kedah atau peraturan operasi pilihan raya. Ia dibangunkan secara intigrasi dengan bantuan kemudahan AI (Kecerdasan Buatan) sepenuhnya.

Menerusi sistem ini perjalanan pilihan raya diurus dan dirumuskan berdasarkan data dan malumat pengundi di peringkat akar umbi.

Sistem ini juga memberi tunjuk ajar kaedah berkempen, pembinaan naratif, mendapat bahan kempen dan menularnya.

Bagi Sayuti, program Teras ini sangat responsif, tersusun dan memberi maklum balas cepat, berdasarkan uji kaji di dua bahagian pilihan raya, sebagai sample.

Menurut Sayuti, pembangunan program ini mungkin setelah mengambil kira kekalahan PKR dalam pilihan raya negeri Sabah baru baru di mana PKR mengalami kekalahan teruk, luar jangka apabila menang satu kerusi daripada 12 kerusi yang disertai.

“Dalam pilihan raya di Sabah parti itu katanya masih menggunakan kaedah pengurusan lama dimana ia mengecewakan.

“Khabarnya PKR mengeluarkan perbelanjaan bukan sedikit sepanjang menghadapi pilihan raya negeri bawah bayu itu tempoh hari, dan berlaku pemesongan data menjadikan PKR seperti tertipu oleh sukarelawannya sendiri.

“Bertolak dari situasi itu, menyebabkan Nurul Izzah yang diberi tanggungjawab terhadap pilihan raya itu sebagai pengarah bersama, mengambil tanggungjawab atas kekalahan, dengan memperkenalkan Teras bersama (Jabatan Pilihan Raya PKR) sebagai pembaik pulih sistem pengurus pilihan raya parti itu,” kata Sayuti.

Bagi beliau, dengan peluncuran Teras itu sedikit sebanyak menjawab persoalan kenapa timbalan presiden itu banyak mendiamkan diri selama ini ruoanya beliau sedang mengeram untuk menetaskan Teras.

“Apakah Teras akan membawa hasil lumayan kepada PKR dalam pilihan raya nanti, akan menjadi perhatian umum.

“Keberhasilan, efektif atau tidak Teras ia akan dikait secara langsung dengan Nurul Izzah,” katanya.

Bagi beliau, sebagus mana program atau kaedah dan peraturan pengurusan pilihan raya diperkenalkan itu, akhirnya ia terletak kepada kejujuran, komitmen para ahli dan sukarelawan yang menanganinya.

BACA JUGA Baru diterima semula, berlagak macam dia Presiden Umno