Nilai rupiah jatuh lagi, rakyat Malaysia dah mula rancang nak bercuti

Ringgit Malaysia terus mengukuh berbanding rupiah yang kini terus menunjukkan trend penyusutan ketara berbanding minggu lalu.

Semakan pasaran hari ini menunjukkan kadar tukaran semasa untuk 1 rupiah adalah bersamaan dengan RM0.00023.

Maka setiap 1 juta rupiah ia bersamaan RM227.11, turun berbanding RM230.79 seminggu sebelumnya.

Sepanjang 2025, ringgit telah mengukuh sebanyak 13.21% berbanding rupiah menjadikannya salah satu jurang terbesar dalam kalangan mata wang serantau. 

Malah, ringgit turut diiktiraf sebagai mata wang dengan prestasi terbaik di Asia sepanjang 2025, disokong oleh asas ekonomi yang kukuh, eksport yang kuat serta aliran masuk pelaburan langsung asing yang tinggi terutamanya dalam sektor pusat data.

Di media sosial, rakyat Malaysia terus memantau perkembangan nilai rupiah, dengan ramai yang sudah mula membuat perancangan untuk melancong ke Indonesia memandangkan harga barangan dan perkhidmatan di sana kini terasa jauh lebih murah.

BACA JUGA PM umum sewa premis perniagaan milik kerajaan akan diturunkan bulan ini