Jom turun ramai-ramai! – Meriahkan ceramah besar PH di Paroi

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mengajak orang ramai hadir beramai-ramai ke Ceramah Perdana Pimpinan Utama Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung malam ini di Paroi, Negeri Sembilan.

Menurut beliau, kehadiran rakyat bukan sekadar untuk mendengar ceramah, tetapi sebagai simbol kekuatan perpaduan dan keyakinan bersama dalam mendepani cabaran semasa.

“Kita datang bukan sekadar dengar ceramah, tapi untuk kuatkan perpaduan dan bina keyakinan bersama,” katanya menerusi satu hantaran.

Program tersebut akan berlangsung pada Rabu, 6 Mei 2026, jam 8 malam di kawasan tempat letak kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Mat Sabu turut menegaskan bahawa kehadiran orang ramai membawa makna besar dalam menunjukkan kekuatan sokongan rakyat.

“Bila kita hadir bersama, itulah tanda kekuatan rakyat,” katanya lagi.

Ceramah berkenaan dijangka menghimpunkan pimpinan utama Pakatan Harapan dalam usaha memperkukuh sokongan serta menyampaikan mesej politik semasa kepada rakyat.