Sidang Dewan hangat, Onn Hafiz jawab spekulasi DUN Johor dibubar dalam masa terdekat

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini tampil menjawab mengenai desas desus bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam sidang DUN pagi tadi, suasana dewan sempat bertukar mendebarkan saat Onn Hafiz berkata akan membuat ‘pengumuman besar’ berkaitan pembubaran DUN negeri itu.

Namun ketika sesi penggulungan, Onn Hafiz DUN Johor tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat dan desas desus tersebar adalah tidak benar.

Beliau berkata buat masa ini, soal pilihan raya negeri perlulah diketepikan terlebih dahulu dan meminta semua ADUN Johor terus berkhidmat untuk rakyat di negeri itu.

“Saya ingin mengumumkan bahawa DUN Johor tidak akan dibubarkan pada hari ini, jadi boleh relaks, Ahli Yang Berhormat, saya sarankan jangan risau pasal Pilihan Raya Negeri (PRN).

“ … terus berkhidmat untuk rakyat dan Bangsa Johor, soal pilihan raya kita tolak ke tepi dahulu, banyak lagi program dan juga inisiatif yang perlu kita laksanakan,” katanya.