Sultan Selangor kongsi ‘quote’ tentang ahli politik kaya dan rasuah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkongsi satu petikan berunsur renungan mengenai politik dan rasuah yang menarik perhatian baginda.
Menerusi hantaran di media sosial rasmi, baginda memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry S. Truman yang berbunyi:
“Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng.”
Baginda turut berkongsi satu lagi petikan susulan yang membawa maksud:
“Jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah.”
Perkongsian itu dibuat sebagai renungan untuk rakyat jelata dan diakhiri dengan ungkapan “semoga bermanfaat”.
BACA JUGA Sultan bukan ‘rubber stamp’, Dewan di-Raja Selangor jawab kritikan politik