Menteri Agama sasar Quranic Madani diperluas sebar mesej kasih sayang

Program Quranic Madani bakal diteruskan pada skala lebih besar sebagai medium memperkukuh perpaduan serta membawa mesej mesej kasih sayang untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kehadiran rakyat dari pelbagai negeri memberi mesej mereka mahukan perpaduan dan cintakan keharmonian.

“Program ini kita mulakan pada hari ini, kemudian kita akan teruskan lagi dengan lebih besar, berskala besar.

“Kita ingin membawa mesej kasih sayang, mesej keamanan dan perpaduan untuk merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim di antara rakyat Malaysia,” katanya malam ini.

Quranic Madani malam ini menghimpunkan ribuan umat Islam yang bertujuan mendekatkan masyarakat dengan al-Quran dan diadakan di kawasan tumpuan utama, iaitu bersebelahan Pavilion, Bukit Bintang.

BACA JUGA Bersatu terus bergolak, kali ini 2 ADUN dipecat, empat MP digantung keahlian