Senarai terkini pemimpin Bersatu dikenakan tindakan, jumlah cecah 10 orang

Sehingga jam 9 malam tadi, sekurang-kurangnya 10 orang pemimpin Bersatu dikenakan tindakan disiplin termasuklah digantung keahlian dan dipecat dari parti.

Jumlah pemimpin yang dipecat bertambah kepada tiga orang iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani; ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak; dan Timbalan Ketua Armada Nasional Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Ketua Bahagian Hulu Langat.

ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man pula digantung hak keahlian selama dua penggal pemilihan parti.

Ahli Parlimen yang digantung dua penggal termasuklah Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor; dan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail.

BACA JUGA Bersatu terus bergolak, kali ini 2 ADUN dipecat, empat MP digantung keahlian