PH mungkin hilang majoriti dua pertiga di Pulau Pinang? Ini reaksi Chow

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan pilihan raya akhirnya adalah ‘permainan angka’ ketika menepis dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) mungkin kehilangan majoriti dua pertiga di DUN pada pilihan raya akan datang.

“Jadi, anda mungkin hanya lihat senario terburuk,” katanya, dipetik FMT selepas sambutan ulang tahun Pusat Pakar Loh Guan Lye hari ini.

Terdahulu, Straits Times (ST) Singapura melaporkan bahawa PH negeri itu mungkin kehilangan majoriti berdasarkan ramalan seorang tokoh kanan DAP yang tidak dinamakan.

Lapor ST, terdapat kebimbangan dalam DAP mengenai sama ada ketidakpuasan hati terhadap kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan kedudukan PH di Pulau Pinang.

Laporan sama turut menyebut rekod tanpa kalah DAP di beberapa kerusi yang disandang sejak 2008 mungkin terkandas.

Chow ketika ditanya tokoh kanan berkenaan,beliau berkata tidak tahu siapa yang dimaksudkan.

ST dalam laporan itu menambah isu tempatan seperti kenaikan tarif air dan cukai tanah, serta pertikaian terbuka antara Chow dan ketua menteri sebelum ini, Lim Guan Eng, boleh menjejaskan sokongan terhadap DAP pada pilihan raya nanti.

BACA JUGA Lokman ‘bedil’ Jalaluddin: Letak jawatan, jangan rosakkan masa depan Umno