AMANAH seluruh negara buat laporan polis terhadap MP Pasir Puteh
Pemuda AMANAH Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Laporan berhubung ceramahnya yang menghina sahabat Nabi Muhammad turut dibuat ke Jabatan Agama Islam Kelantan.
Sebelum itu, Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda mengarahkan supaya AMANAH seluruh negara membuat laporan polis serentak di kawasan masing-masing.
Pas berdepan kritikan hebat selepas Ahli Parlimennya mengeluarkan kenyataan kontroversi dalam program ceramah politik di Kuala Terengganu, tentang sahabat baginda Nabi Muhammad SAW.
Desakan untuk letak jawatan dan membuat permohonaan maaf bergema di media sosial selepas beberapa hari masih tiada sebarang permohonan maaf dikeluarkan.
Situasi bertambah keruh selepas Nik Zawawi mengeluarkan satu video penjelasan yang mempertahankan tindakannya dan tidak berniat meminta maaf.
Ekoran desakan berterusan, beliau akhirnya memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang mengaitkan sahabat Nabi Muhammad dengan istilah ‘bapa ceti’ dan ‘kaki zina’.
Pun begitu sehingga kini beberapa laporan polis seluruh negara tetap dibuat terhadap pemimpin Pas berkenaan.
BACA JUGA Umno, PH Pasir Puteh buat laporan polis terhadap Nik Zawawi