Jangan fitnah Abu Bakar dan Umar, ini fakta sirah yang perlu diketahui
Oleh ADDIEN ABDUL KADIR
Tersebar video ceramah yang menyebutkan tentang dua orang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang mulia sekaligus Khalifah umat Islam agung sepanjang zaman dengan tohmahan dan contoh yang saya kira tidak patut diungkapkan.
Sebelum jawab, saya nak sebut dulu. Saya bukan ahli politik mana-mana parti. Saya tidak kenal penceramah (jujur cakap).
Saya hanya jawab atas dasar pencinta, pengkaji sirah dan admin Simply Sirah. Penceramah pasti ada ilmu dan jasa tersendiri. Saya hanya ulas kenyataan berkaitan sirah sahaja.
𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟏
“𝐒𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚-𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫? 𝐒𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐩𝐚 𝐜𝐞𝐭𝐢. 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐜𝐞𝐭𝐢 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐚𝐡. 𝐃𝐢𝐚 𝐤𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐚𝐡.”
𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛:
Ada dua dakwaan sekaligus di sini. Pertama, Abu Bakar bapa ceti zaman Jahiliyyah. Kedua, Abu Bakar kaya sebab peras harta orang-orang miskin zaman Jahiliyyah.”
Isu pertama:
Kena jelas dulu apa maksud ceti secara umum? Mengikut DBP, ceti bermaksud orang yang meminjamkan wang dengan bunga yg tinggi. Bapak ceti boleh difahami sebagai orang besar dalam memberi hutang dengan bunga yang tinggi/riba besar.
Jadi betul ke Abu Bakar begitu zaman Jahiliyyah?
Tidak. Bahkan salah sama sekali.
Bagi pinjam duit dengan riba memang makruf di zaman jahiliyyah. Antara yang terkenal transaksi jahiliyyah sebegini ialah kabilah Thaqif dan Bani Makhzum.
Al-Abbas bin Abdul Muttalib juga pernah terlibat dengan transaksi sebegini di zaman jahiliyyah hingga dibatalkan oleh Nabi SAW dalam Khutbah Wada’.
Pernah terlibat sekali pun tak bermaksud “bapak ceti”. Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW sebut:
وربا الجاهلية موضوع، وأول ربا أضع ربانا ربا عباس بن عبد المطلب؛ فإنه موضوع كله
“Riba jahiliah dihapuskan. Dan riba pertama yang aku hapuskan daripada riba kami ialah riba al-Abbas bin Abdul Muttalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya.”
Tapi Abu Bakar bukan salah seorang daripada mereka!
Saya berpandangan beliau salah faham antara pemberi hutang dan riba dengan terma “𝙖𝙡-𝘼𝙨𝙝𝙣𝙖𝙦” (الأشناق ).
Abu Bakar di zaman Jahiliyyah sangat terkenal sebagai Al-Ashnaq dan Hamalah. Memang seluruh Quraish tahu tentang ini.
Ashnaq dan Hamalah ni bukan pemberi hutang! Bukan juga macam ceti haram atau Ahlong!
Ia sebahagian daripada sistem sosiologi penting bangsa Arab di Makkah sejak zaman Qusay bin Kilab lagi.
Saya jelaskan bahasa mudahnya begini;
Zaman Arab jahiliah, kalau berlaku kes bunuh, cedera bergaduh, perang kecil atau pertelingkahan antara kabilah, perkara macam ini boleh jadi panjang membawa kepada perang saudara.
Darah boleh dibalas darah. Dendam boleh diwarisi turun-temurun. Jadi, mereka perlukan satu sistem bayaran pampasan supaya api permusuhan dipadamkan.
Bayaran pampasan itu disebut Diat. Kalau ada ganti rugi lain, ia disebut Maghram.
Orang yang menanggung atau mengurus bayaran besar untuk mendamaikan pihak bergaduh pula disebut melakukan Hamalah atau biasanya disebut al-Ashnaq.
Dalam kalangan Bani Taym, Abu Bakar al-Siddiq ialah tokoh yang sangat dipercayai oleh Quraish dalam bab Ashnaq ni.
Jika berlaku pembunuhan, kecederaan atau pertelingkahan yang boleh mencetuskan dendam antara kabilah, Abu Bakar orang yang dipercayai untuk mengurus bayaran pampasan agar konflik itu dapat diredakan.
Misalnya, kalau Abu Bakar cakap “Saya tanggung bayaran mereka ini,” lalu beliau meminta sokongan Quraish, semua Quraish akan terus percaya dan menyokongnya.
Namun, kalau orang lain yang cuba menanggung bayaran seperti itu, belum tentu Quraish akan percaya atau bagi sokongan.
[𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐈𝐪𝐝 𝐚𝐥-𝐅𝐚𝐫𝐢𝐝 𝐥𝐢 𝐈𝐛𝐧 𝐀𝐛𝐝 𝐑𝐚𝐛𝐛𝐢𝐡𝐢 𝟑/𝟐𝟔𝟕, 𝐚𝐥-𝐌𝐮𝐟𝐚𝐬𝐬𝐚𝐥 𝐟𝐢 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐚𝐥-𝐀𝐫𝐚𝐛 𝐐𝐚𝐛𝐥 𝐚𝐥-𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝟗/𝟐𝟒𝟖]
Bahasa mudahnya Abu Bakar ini penanggung/penjamin ganti rugi orang lain supaya tak jadi perang! Jauh sama sekali dari pemberi hutang dan tindas orang dengan riba!
Nak faham isu ini kena faham sosiologi Arab jahiliyyah supaya tak salah faham menyimpang dan tohmah bukan-bukan.
Terkenal dan dihormati
𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟐: “𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐤𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡.”
Kalau kita dah faham bab al-Ashnaq sebelum ini, jelas sekali Abu Bakar kaya bukan sebab peras duit orang miskin.
Orang miskin banyak manalah harta mereka, kalau peras sekalipun takkan kaya pun. Secara logik pun dah tak betul dakwaan ini.
Abu Bakar malah membela orang miskin kalau terlibat dengan pergaduhan, diat atau konflik yang boleh membawa kepada perang.
Cuba fikir, kalau dia perah duit orang miskin, buat apa dia nak jadi penjamin pula? Nak jadi penjamin harta ini mestilah dia itu sendiri kaya atau bahasa gen Z nya “𝐟𝐢𝐧𝐚𝐧𝐜𝐢𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐬𝐭𝐚𝐛𝐥𝐞”.
Jadi, Abu Bakar As-Siddiq ni memang terkenal kaya.
Dari mana dia kaya? Ini secara asasnya disebut jelas oleh Imam Ibn Hisham ketika bahas bab Islamnya Abu Bakar.
وكان رجلا تاجرا، ذا خلق ومعروف، وكان رجال قومه يأتونه ويألفونه لغير واحد من الأمر، لعلمه وتجارته وحسن مجالسته…
“Abu Bakar seorang peniaga yang berakhlak dan terkenal dengan kebajikan. Para lelaki kaumnya sentiasa datang kepadanya dan merapatkan diri dengannya kerana lebih daripada satu sebab; kerana ilmunya, perniagaannya, dan keindahan majlisnya.”
[𝐒𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐛𝐧 𝐇𝐢𝐬𝐡𝐚𝐦 𝟏/𝟐𝟓𝟎]
Selain daripada jelas sebut Abu Bakar ni peniaga. Teks Ibn Hisham juga jelas sebut karakter Abu Bakar ni disenangi orang ramai sejak zaman jahiliyyah lagi.
Bahkan, setakat pengamatan saya yang tidak seberapa, akhlak Abu Bakar tidak kurang hebatnya berbanding Nabi SAW sebelum terima wahyu. Sama-sama terkenal dan dihormati di Makkah.
𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐚𝐩𝐚? 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬 𝐝𝐮𝐢𝐭 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧 𝐤𝐞?
Abu Bakar berniaga sejak zaman Jahiliyyah ke serata tempat sama seperti Nabi SAW. Bukan hanya keluarga Nabi yang berulang alik ke Busra di Syam.
Abu Bakar juga biasa sangat berniaga di sana. Punya rajin berniaga sampai setahun dua sebelum Nabi SAW wafat, Abu Bakar masih pergi ke Busra untuk berniaga. Rujuk Musnad Ahmad.
Bila dah jadi Khalifah, antara hal yang Abu Bakar risau ialah tak dapat nak berniaga sebab sibuk nak jaga urusan kaum Muslimin sampai terpaksa makan dengan duit Baitulmal. Luahan Abu Bakar ini disebutkan jelas dalam riwayat al-Bukhari;
أن عائشة رضي الله عنها قالت: لما استخلف أبو بكر الصديق قال: لقد علم قومي أن حرفتي لم تكن تعجز عن مؤونة أهلي، وشغلت بأمر المسلمين، فسيأكل آل أبي بكر من هذا المال، ويحترف للمسلمين فيه.
“Sesungguhnya kaumku mengetahui bahawa pekerjaanku dahulu tidak pernah lemah daripada menanggung keperluan keluargaku. Namun aku kini telah disibukkan dengan urusan kaum Muslimin. Maka keluarga Abu Bakar akan makan daripada harta ini, dan Abu Bakar akan bekerja untuk kaum Muslimin sebagai gantinya.” [Sahih al-Bukhari]
Konteks hadis al-Bukhari ini ada isyaratnya dalam riwayat Ibn Sa’ad tentang kisah Abu Bakar selepas dilantik jadi Khalifah, Umar al-Khattab dan Abu Ubaidah nampak Abu Bakar berjalan-jalan di pasar sambil pikul timbunan kain di bahunya. Sampai Umar tegur kenapa buat macam tu sedangkan dah jadi Khalifah? Abu Bakar jawab, “Habistu macam mana aku nak bagi keluarga aku makan?”
Akhirnya barulah Abu Bakar dapat peruntukan Baitul Mal dan sebut luahan dalam hadis al-Bukhari tersebut.
[𝐓𝐚𝐛𝐚𝐪𝐚𝐭 𝐚𝐥-𝐊𝐮𝐛𝐫𝐚 𝟑/𝟏𝟔𝟖]
Jadi, Abu Bakar ni saudagar kain. Kalau nak bahas dari sudut power tak power saudagar kain zaman itu, panjang pula tulisan ni nanti. Lain masa sajalah.
𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫?
Menurut Imam Ibn Athir, waktu masuk Islam, Abu Bakar ada 40,000 lalu sumbangkan kepada Islam. Cuma ada khilaf disisi ahli sirah, 40k dinar atau dirham.
[𝐚𝐥-𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥 𝐟𝐢 𝐚𝐥-𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝟐/𝟐𝟔𝟒, 𝐍𝐢𝐡𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐀𝐫𝐚𝐛 𝐟𝐢 𝐅𝐮𝐧𝐮𝐧 𝐚𝐥-𝐀𝐝𝐚𝐛 𝟏𝟗/𝟏𝟑, 𝐒𝐢𝐲𝐚𝐫 𝐚’𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐍𝐮𝐛𝐚𝐥𝐚 𝟐/𝟑𝟓𝟔 ]
Kalau 40,000 dinar emas, lebih kurang RM101 juta.
Kalau 40,000 dirham perak, lebih kurang 1.3 juta.
Dua-dua masih tetap banyak untuk zaman itu. (Kita semua pun tiada simpanan sebanyak itu ‘kan?
‘Playboy jahiliyyah’
Da𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟑 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐦𝐚𝐫: “𝐒𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧𝐚 𝐔𝐦𝐚𝐫. 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚-𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐌𝐮𝐤𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐝𝐢𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐠𝐢𝐭𝐮. 𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐮𝐬𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐥𝐚𝐡. 𝐙𝐢𝐧𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐨𝐛𝐢 𝐝𝐢𝐚.”
𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛:
Saya belum pernah jumpa riwayat sama ada yang sarih atau qarinah yang mengaitkan Umar al-Khattab sebagai “𝐩𝐥𝐚𝐲𝐛𝐨𝐲 𝐣𝐚𝐡𝐢𝐥𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡” sebegini sepanjang menekuni sirah.
Kalau dakwaan Abu Bakar tadi disalah fahami, dakwaan ke atas Umar ini agak jauh tersasar saya kira.
Unsur pelacuran atau jual diri memang ada di zaman jahiliyyah (panjang perbahasannya), tapi Umar al-Khattab tak dikenali sebagai lelaki berfoya-foya sebegitu.
Umar al-Khattab sewaktu jahiliyyah pun bukan calang-calang pemuda. Tak kurang hebat berbanding Abu Bakar.
Umar al-Khattab berperanan sebagai 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐫𝐚𝐡 atau bahasa modennya macam diplomat bagi Quraish. Kalau ada kabilah bergaduh, berperang, atau ada masalah besar dengan kabilah lain, mereka akan hantar Umar sebagai wakil untuk bercakap, berunding, berhujah dan membawa maruah Quraisy.
Umar memang hebat bab-bab debat ni sebab selain petah, beliau juga pakar nasab (macam Abu Bakar). Cuma kelebihan Umar ni dia berani. Luar biasa punya berani.
Kalau posisi Ashnaq tadi sebagai penjamin harta yang lebih bersifat damai. Posisi Sifarah ni melibatkan konflik besar, tengah tegang urat dan berlawan hujah. Kena orang yang berani dan pandai menjawab ala-ala debater. Bila Umar masuk campur, biasanya orang lain akan reda dan percaya kepada kata-kata Umar. Sebab tu Umar sangat terkenal dan dihormati dalam bab ini.
[𝐀𝐥-𝐈𝐬𝐭𝐢’𝐚𝐛 𝐟𝐢 𝐌𝐚’𝐫𝐢𝐟𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐀𝐬𝐡𝐚𝐛 𝟓/𝟕𝟖]
Menariknya, penceramah sebut riwayat Syaitan pun takut dengan Umar al-Khattab. Riwayat itu kalau dibaca penuhnya begini,
Umar al-Khattab suatu hari nak jumpa Nabi SAW. Waktu itu baginda didatangi beberapa wanita bertanya soalan. Bila Umar masuk, semua perempuan itu cabut lari belakang tabir sampai Nabi SAW ketawa.
Perempuan tu siap kata,
أنت أفظ وأغلظ من رسول الله صلى الله عليه وسلم
“Engkau tu lagi keras dan lagi tegas daripada Rasulullah SAW!” [Sahih al-Bukhari]
Orang perempuan lepas dah masuk Islam, walaupun Umar dah Islam pun masih takut dan “seriau” dengan Umar al-Khattab. Macam tak kena nak kaitkan Umar dengan watak buaya darat apatah lagi zina itu kebiasaannya.
Akhir kalam,
Pun begitu, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐬𝐞𝐣 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 nak sebut bahawa sahabat dulu walaupun ada buat benda tak baik di zaman jahiliyyah, bila masuk Islam terus berubah dan jadi insan mulia dalam Islam.
Saya setuju bab itu. Bagus untuk disebutkan.
Cuma tetap kita kena 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐤𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 “𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐥𝐚𝐦” 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐧𝐢. Paling tidak, kena pastikan cermat nukilannya kalau nak bagi contoh.
𝐊𝐞𝐧𝐚 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥-𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐞𝐤𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐮𝐚𝐧𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐧𝐚𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐢𝐫𝐚𝐡. Tak boleh faham literal atau takwil sebarangan sebab ia sangat berkait rapat dengan sosio-budaya Arab pada zaman itu.
Kalau benar ada riwayat, pendakwa kena bawakan bukti sumber ambilannya. Saya tak ada masalah nak tarik balik jika memang ada riwayat. Saya memang gali dan kumpul riwayat sirah yang langka ni. Memang suka benar kalau ada orang boleh kongsikan kepada saya, insyaAllah.
Semoga tulisan ini adalah manfaat serba sedikit khususnya bagi pencinta sirah.
𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧, saya bukan orang politik atau ahli mana-mana badan politik. Saya menjawab semata-mata sebab berkaitan dengan sirah Nabi dan sahabat, atas dasar pencinta sirah.
Hari-hari saya di kampung hanyalah mengajar sirah, kaji sirah, tulis tentang sirah dan mengembala kambing. Itu saja.
Saya juga 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩 𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐧𝐢 𝐭id𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 untuk memenangkan mana-mana parti. Saya tulis ni nak jawab isu sirah semata-mata.
Tak kira parti apa hatta PMX sekalipun saya pernah tulis kritikan berkaitan sirah sebelum ni.
Barakallahufikum!
BACA JUGA YB, ‘boss’ GLC patut dulu dipotong subsidi minyak – Akmal