Kenyataan Nik Zawawi cetus kemarahan, NGO Islam ancam himpunan pertahan sahabat Nabi

FOTO BERITA: Laporan Polis oleh Amir Zuhair Abdul Khalid Pengerusi Daie Madani dan NGO-NGO Islam terhadap Ahli Parlimen Pasir Putih, YB Nik Zawawi Salleh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. 13hb Mei 2026 (Rabu)
Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bersama wakil parti politik tampil membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Putih, Nik Zawawi Salleh susulan kenyataan beliau yang didakwa menghina dua sahabat besar Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya oleh Pengerusi Daie Madani, Amir Zuhair Abdul Khalid bersama wakil daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), IKRAM, Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKPIM dan beberapa NGO Islam lain.

Laporan polis tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya oleh Pengerusi Daie Madani, Amir Zuhair Abdul Khalid bersama wakil daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), IKRAM, Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKPIM dan beberapa NGO Islam lain.

Menurut Amir Zuhair, tindakan itu dibuat atas rasa tanggungjawab untuk mempertahankan maruah para sahabat Nabi daripada sebarang tuduhan tidak berasas. “Kami hadir hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Putih kerana beliau didakwa membuat tuduhan sembrono terhadap Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sebagai umat Islam, kami bertanggungjawab menjaga kemuliaan para sahabat Nabi,” katanya kepada media selepas selesai membuat

Beliau berkata, pihaknya kecewa kerana individu yang membawa imej parti Islam didakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak wajar dan boleh mengguris sensitiviti umat Islam di negara ini. Amir Zuhair turut memaklumkan bahawa pihaknya pada awalnya mengharapkan penjelasan yang dibuat Nik Zawawi pada malam sebelumnya berbentuk permohonan maaf atau penarikan balik kenyataan tersebut, namun mendakwa perkara itu tidak berlaku.

“Malah beliau dilihat mempertahankan kenyataan tersebut tanpa membawa bukti yang jelas. Apa yang disebut hanyalah rujukan daripada kitab Rahiq al-Makhtum karya Imam Mubarakfuri, sedangkan kitab itu tidak menyebut secara spesifik sahabat yang terlibat dalam perkara yang didakwa,” katanya.

Dalam laporan polis itu, pihak terbabit mencadangkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana didakwa melukakan perasaan agama orang lain, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, serta Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, tindakan lanjut termasuk himpunan mempertahankan sahabat Nabi akan dipertimbangkan sekiranya tiada permohonan maaf dibuat oleh Nik Zawawi. “Kami mahu beliau memohon maaf secara terbuka. Jika tidak, kami akan meneruskan tindakan susulan termasuk mengadakan himpunan mempertahankan sahabat Nabi dan menyerahkan memorandum pada sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Zuhair turut mendakwa beberapa pihak termasuk Pemuda UMNO serta pimpinan dalam PAS sendiri telah menyuarakan kritikan terhadap kenyataan Ahli Parlimen berkenaan dan menggesa tindakan sewajarnya diambil.
