Ketua Polis Negara bersuara isu kenyataan kontroversi Nik Zawawi
Ketua Polis Negara hari ini tampil memberi respon susulan laporan demi laporan terhadap kenyataan kontroversi Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Dalam sidang media hari ini, KPN, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dalam ceramah politiknya di Terengganu Ahad lalu.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut berhubung ucapan tersebut dan sedang meneliti isu berkenaan bagi menjalankan siasatan.
‘Perkara itu masih dalam perhatian dan tindakan kita. Sebarang maklumat, masih lagi menunggu daripada pihak berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutupan Program Polis PDRM Special Dialogue 2026 Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), hari ini.
Nik Zawawi menjadi sasaran kecaman selepas dalam ceramah di pentas Pas, mengaitkan sahabat Nabi Muhammad dengan istilah ‘bapa ceti’ dan ‘kaki zina’.