Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi bantu redakan ketegangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapannya agsr segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan.
Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Prof. Seyyed Vali Reza Nasr, sarjana, penulis dan pakar hubungan antarabangsa yang terkenal dalam bidang politik Asia Barat serta pengajian Islam.
Beliau memanfaatkan ruang pertemuan ini untuk bertukar pandangan berhubung perkembangan konflik Amerika Syarikat-Iran.
Ia temermasuklah implikasinya terhadap kestabilan geopolitik dunia, keselamatan serantau serta krisis bekalan tenaga global yang sedang dihadapi ketika ini.
“Moga segala ikhtiar dan usaha diplomasi yang digerakkan masyarakat antarabangsa dapat membantu meredakan ketegangan, seterusnya menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat,” titipnya.