Rupanya bukan kali pertama Nik Zawawi cakap ikut sedap mulut

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh rupanya bukan kali pertama cakap ikut sedap mulut.

Wakil rakyat Pas itu pernah mendakwa hasil padi di Singapura adalah lebih baik atau lebih tinggi berbanding Malaysia.

Kenyataan Nik Zawawi dalam sidang Dewan Rakyat itu kemudiannya tular dihujani pelbagai reaksi dan sindiran dalam kalangan netizen.

Nik Zawawi kini menarik perhatian banyak pihak apabila menghina empat sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib kononnya mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.

Ulama Pas berkenaan selamba menuduh bahawa Sayidina Abu Bakar sebagai seorang “bapa ceti” yang gemar memeras orang miskin semasa berada dalam zaman Jahiliyah.

Dalam program ceramah Pas di Kuala Terengganu itu juga, Sayidina Umar pula digambarkannya sebagai lelaki zalim serta hobi berzina sebelum memeluk Islam.

Ekoran kecaman banyak pihak, Nik Zawawi kemudiannya memohon maaf serta mengakui kesilapan susulan kontroversi berhubung kenyataan melampau berkaitan sejarah kehidupan para sahabat Rasulullah SAW sebelum memeluk Islam.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Zawawi berkata dia menghargai teguran, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta masyarakat berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu klip video yang tular di platform Threads, dia menganggap ada pihak tertentu yang menegurnya berkenaan kontroversi itu sebagai menegur secara melulu.

Tegasnya lagi, tiada riwayat berkaitan perkara yang berlaku pada zaman jahiliyah dan sekiranya ada sekalipun mesti daif.

Dalam satu rakaman video berasingan pula, Nik Zawawi berulang kali memaafkan semua pihak yang dianggap menuduhnya.

Menerusi video berdurasi lebih tujuh minit itu, dia antara lain meminta agar semua pihak
jadi kabur.

Nik Zawawi juga meminta golongan yang digelarnya sahabat menelefonnya terlebih dahulu bertanyakan khabar selain menyatakan tidak mahu marahkan sesiapa.

BACA JUGA Ustaz Pas cakap sedap mulut, Nik Zawawi pula tuduh tegur melulu