Kelantan nafi iktiraf UEC, walaupun KIAS sebut syarat kemasukan

Kerajaan negeri Kelantan menafikan Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dimiliki oleh negeri itu mengiktiraf UEC.

Exco Pendidkan Kelantan, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, sehingga kini kelayakan UEC tidak termasuk dalam syarat kelayakan akademik yang diiktiraf untuk kemasukan ke program Asasi Kias.

Roslan mengulas Peraturan Akademik Asasi (Edisi Pertama 2022) yang disediakan oleh KIAS sebelum ini.

KIAS sebelum ini secara terang-terangan meletakkan kelulusan UEC dengan mendapart sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelajaran sebagai salah satu syarat masuk ke IPTA milik kerajaan negeri itu.

Sebelum ini, KIAS meletakkan antara syarat kemasukan ke KIAS adalah:

Permohonan bagi program Asasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat beirkut:-

1.1 Lulus SPM/ dengan mendapay sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran; atau

1.2 Lulus UEC dengan mandapat sekurang-kurangnya gred B dalam 3 mata pelalajaran.

Isu pengiktirafan kepada UEC menjadi hangat selepas Kementerian Pengajian Tinggi membuka laluan untuk pemilik UEC untuk memasuki IPTA di negara ini dengan syarat mereka lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah peringkat SPM.

Mereka pula diberikan peluang untuk mengambil mata pelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Mandarin sahaja bukan bidang akademik yang lain.

Ekoran itu, para pemimpin yang bising tentang pendekatan KPT itu diserang oleh netizen.

Antaranya laman facebook Kami Viral mengecam Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari yang menyerang kangkah KPT itu.

“Hoi Fadhli Shaari! Mu melalak sana sini pasal UEC.

“Mu bantah UEC di IPTA. Tapi di kolej milik kerajaan negeri PAS mu tak bantah pula.

“Bahkan mu sendiri pernah jadi pensyarat di kolej PAS yang iktiraf UEC tu.

“Kalau di KIAS milik kerajaan negeri PAS buleh iktiraf UEC.

“Kenapa mu nak marah orang lain iktiraf UEC juga?” siar Kamil Viral dalam akaun facebook mereka.

BACA JUGA Bukannya isu Melayu tergadai, PN beri laluan kepada UEC tiada pula bantah