Samsuri sebagai ketua pembangkang: Antara bakal PM atau pasu bunga

Pemilihan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang menerima reaksi positif, negatif dan harapan dari orang ramai.

Yang paling menarik adalah harapan agar Menteri Besar Terengganu itu berperanan di Dewan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang bukan duduk memanaskan kerusi atau ponteng persidangan Parlimen sahaja.

Ini kerana, menurut rekodnya, sebagai ahli Parlimen Kemaman, Samsuri jarang dilihat beraksi sebagai ahli parlimen yang aktif.

“Ketua Pembangkang kena hadir ke Parlimen setiap hari bersidang untuk lawan hujah. Boleh ke dia?” soal seorang netizen yang menggunakan nama Rosli Rosli Ketika mengulas perlantikan itu.

Bagi penyokong Pas dan PN pula perlantikan Samsuri yang juga Pengerusi PN itu, dialu-alukan.

“Alhamdulillah,bakal PM rakyat Malaysia yang ke11 Aamiin,” kata Nisrin Alina Ketika mengulas perlantikan itu.

Namun kenyataan itu dijawab segera dengan mempertikaikan kejayaan Samsuri sebagai MB Terengganu.

Rusli Hawa menulis, “Nisrin Alina, jangan petik rakyat lah jaga negeri pun tak ada kemajuan.”

Netizen yang menggunakan nama “Budiman Gurung” pula berkata, “Negeri sendiri pun mundur lagi nak jaga negara. Nanti ada tanah bagi satu suku harga tanah pada persatuan.”

Budiman dipercayai merujuk kepada kes penjualan tanah dengan harga yang murah kepada sebuah persatuan yang dipengerusikan oleh isteri Samsuri sendiri.

Mohd Johar Luk pula menulis, “Akhirnya dari ramai-ramai calon yang berlori lori, pasu bunga hiasan Parlimen jugak pilihan PN. Hebat..”

BACA JUGA PM lancar Skim Paduri Madani untuk lahirkan 29,000 usahawan Wanita