Kisah ibu cari parkir sampai dapat peluk PMX, raih rasa sebak netizen
Satu perkongsian seorang ibu di media sosial mengenai keterujaan anak-anaknya bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tular dan menyentuh hati ramai netizen.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram oleh pengguna dikenali sebagai sookhabakes, ibu tersebut berkongsi detik penuh emosi apabila anaknya akhirnya berpeluang bergambar bersama Perdana Menteri ketika program di Sendayan, Negeri Sembilan.
Menurutnya, anaknya sejak awal lagi terlalu teringin untuk bertemu PMX dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin walaupun terpaksa berdepan kesukaran mencari parkir sambil membawa tiga orang anak kecil.
“Tears of joy anak mama hari ni. Dia dok sebut nak sangat jumpa PMX,” tulisnya.
Katanya lagi, walaupun beliau sendiri tidak sempat bergambar dengan Perdana Menteri, kegembiraan anak-anak sudah cukup menggembirakan dirinya sebagai seorang ibu.
Lebih menyentuh hati apabila beliau turut berkongsi anaknya mahu mendapatkan tandatangan pada beg sekolah, namun tidak kesampaian kerana pen penanda tertinggal bersama ibunya.
Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada warga maya yang rata-rata tersentuh melihat layanan mesra Anwar Ibrahim terhadap kanak-kanak.
Seorang pengguna media sosial, Izlin Idris, turut meninggalkan komen yang mendapat perhatian ramai.
“Anak-anak kecil memang suka dengan PMX. Mungkin sebab PMX pun tidak kekok dengan mereka,” tulisnya.
Turut dikongsikan semula ialah hantaran di akaun rasmi Anwar Ibrahim yang memaparkan gambar bersama dua kanak-kanak tersebut dengan kapsyen ringkas namun penuh makna:
“Belajar rajin-rajin. Dengan cakap ibu bapa dan mereka yang berjaya cukup PMX sendiri sayang mereka, insya-Allah ada masa kita jumpa lagi.”
Rata-rata netizen menyifatkan momen spontan seperti itu menjadi antara sebab Perdana Menteri dilihat dekat di hati rakyat terutama golongan muda dan keluarga.
Ada juga yang menyifatkan kehadiran PMX dalam program rakyat sering mencipta momen sederhana tetapi memberi kesan mendalam kepada masyarakat.
BACA JUGA Suhaizan laung amaran, ini peluang terakhir BN