Setahun berlalu, mana mercu tanda “Allah Peliharakanlah Terengganu” selepas dirobohkan?

Genap setahun sejak papan tanda ikonik “Allah Peliharakanlah Terengganu” di Bukit Besar dirobohkan, hari ini pembinaan semula papan tanda tersebut yang dijanjikan kerajaan negeri masih lagi belum kelihatan.

Papan tanda ikonik itu dirobohkan pada Mei 2025 atas faktor keselematan kerana struktur besi asalnya yang berusia lebih 30 tahun dan berkarat. 

Kerja-kerja perobohan struktur lama telah selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos sebanyak RM250,000.

Pun begitu mercu tanda baharu yang dilaporkan bakal menelan belanja kira-kira RM5 juta, masih belum disiapkan dan menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat negeri itu.

Sehingga kini tidak diketahui status projek berkenaan dan jangkaan siap pembinaan papan tanda baharu.

Laman Facebook Greater Terengganu Development berkongsi sejarah pembinaan papan tanda besar ikonik ini yang dimulakan Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar ketika menjadi Menteri Besar Terengganu.

Menurut laman itu, ketika ia dibina, projek ini telah menjadi kontroversi dan serangan pihak lawan

Dalam sidang DUN Terengganu, pembangkang telah menyerang pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar dan menuduh projek itu membazirkan wang rakyat

Tan Sri Wan Mokhtar kemudiannya membidas pembangkang. Beliau kecewa kerana pihak yang kononnya mahu membela Islam tetapi gagal memahami Islam yang sebenar

Papan tanda tersebut menurut beliau adalah satu doa dan doa adalah ibadah. Pembangkang tidak lagi bersuara selepas itu

Namun tahun lepas, ia diroboh dan dijanji untuk diganti. Setelah hampir setahun, tidak diketahui apakah status projek itu.

BACA JUGA Anwar menghadap Sultan Ibrahim di tengah desas-desus pilihan raya