Gadai emas kini dalam talian di Bank Rakyat
Bank Rakyat memperkenalkan dua inisiatif digital baharu Ar-Rahnu yang membolehkan pelanggan mendapatkan pembiayaan emas secara dalam talian tanpa perlu hadir ke cawangan.
Kemudahan dikenali sebagai Virtual Ar-Rahnu-i dan Pembiayaan Semula Ar-Rahnu (e-Overlap) itu disifatkan sebagai antara inisiatif Ar-Rahnu digital pertama di Malaysia.
Menerusi Virtual Ar-Rahnu-i, pelanggan yang mempunyai Akaun-i eGold boleh menggunakan simpanan emas digital sebagai cagaran untuk mendapatkan tunai segera melalui platform iRakyat.
Menurut Bank Rakyat, jumlah pembiayaan ditawarkan bermula RM100 hingga RM500,000 bergantung kepada kelayakan pelanggan.
“Pelanggan boleh mendapatkan tunai segera tanpa perlu menjual emas sekali gus membolehkan mereka terus menikmati potensi kenaikan nilai emas pada masa hadapan,” menurut kenyataan bank itu.Sementara
itu, kemudahan e-Overlap pula membolehkan pelanggan Ar-Rahnu sedia ada membuat pembiayaan semula berdasarkan harga emas semasa tanpa perlu hadir ke cawangan atau Ar-Rahnu X’Change.Kemudahan
itu menawarkan margin pembiayaan sehingga RM350,000 dengan had maksimum 80 peratus daripada nilai emas semasa.
Menurut Bank Rakyat, jika harga emas meningkat, pelanggan berpeluang memperoleh pembiayaan tambahan secara dalam talian tanpa perlu membuat gadaian baharu.Kedua-dua
kemudahan tersebut boleh diakses sepenuhnya menerusi platform perbankan internet iRakyat secara layan diri pada bila-bila masa termasuk di luar waktu operasi bank.Bank
Rakyat berkata inisiatif itu selaras dengan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kewangan digital dan usaha memperluas akses pembiayaan patuh syariah kepada lebih ramai pelanggan.Katanya
, langkah tersebut juga mencerminkan komitmen bank mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan kewangan dengan pengalaman pelanggan yang lebih mudah, pantas dan fleksibel.
BACA JUGA Pas tak berani namakan Samsuri calon PM, Faiz kata PN jelas ketandusan pemimpin