Netizen bandingkan ‘result’ 10A SPM ADUN KKB dengan Fadhli Shaari gara-gara isu lama ini
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari menjadi perhatian selepas beliau memuat naik slip peperiksaan tersebut di laman Facebook miliknya.
Fadhli mendedahkan keputusan itu ketika mengulas isu Sijil Pelajaran China (UEC), aliran tahfiz dan kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Namun lain pula yang menjadi topik perbincangan ramai apabila pengguna media sosial membangkitkan episod dua tahun lalu, ketika Fadhli pernah mencabar Adun Kuala Kubu Bharu daripada DAP, Pang Sock Tao, untuk mendedahkan keputusan SPM beliau.
Pang menyahut cabaran itu dengan mendedahkan keputusan cemerlang, straight 10A dalam SPM.
Namun Fadhli pula pada waktu “mendiamkan diri” dan tidak pernah berkongsi keputusan peperiksaannya apabila didesak melakukan perkara yang sama.
Berdasarkan slip yang dimuat naik, Fadhli meraih Gred 1 (A+) dalam Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi.
Beliau mendapat Gred 2 (A / A-) dalam Matematik, Ekonomi Asas dan Pendidikan Al-Quran Al-Sunnah.
Gred 5 (C+) dalam Pendidikan Syariah Islam, manakala Bahasa Inggeris dan Sains masing-masing mendapat Gred 6 (C)
Pendedahan itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ramai netizen mengingat kembali episod cabaran yang pernah dibuat Fadhli terhadap Pang dua tahun lalu.
BACA JUGA Pas tak berani namakan Samsuri calon PM, Faiz kata PN jelas ketandusan pemimpin