Berlegar rakaman MB Perlis tembak lembu korban, orang awam persoal kesahan ibadah
Sejak semalam, berlegar di media sosial video Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah didakwa menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah ketika majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.
Perkara itu mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya ramai mengenai SOP penyembelihan lembu yang sah, kerana menggunakan senjata untuk melemahkan pergerakan haiwan bukan amalan biasa di negara ini.
Dalam rakaman itu, seekor lembu dilihat tidak bergerak selepas ditembak sebelum diangkat untuk proses penyembelihan.
Orang awam membangkitkan tentang penggunaan senjata di kawasan terbuka semasa majlis ibadah korban, serta persoalan berkaitan kesahan ibadah korban itu sendiri dari sudut hukum syarak terutama apabila haiwan tersebut sudah tidak bergerak sebelum disembelih.
Malah perkara yang dibimbangkan adalah gambaran buruk yang mungkin terpalit kepada orang Islam kerana perlakuan tersebut.
Sehingga kini masih belum ada penjelasan dari pihak Menteri Besar Perlis.
Orang awam turut menggesa pihak berkuasa agama untuk memberi penjelasan lanjut berhubung kaedah menggunakan senapang patah bagi mendiamkan haiwan sembelihan.
BACA JUGA Lebih baik Bersatu rela hati keluar PN sebelum kena ‘sepak’ dengan Pas – Puad