Senarai kegagalan Pas Kelantan tepati janji PRU14 dan PRU15

OLEH TINTA PUTIH

Manifesto Pas PRU-14 .

1) Kemudahan asasĀ 

  • Bekalan air bersih: Masih gagal menepati sasaran 90% pada tahun 2021. Fakta cuma 70% kawasan sahaja daripada tahun 1990an hingga 2026 (tiada peningkatan. Umpama AKSB/ kerajaan negeri makan gaji buta)Ā 
  • Janji untuk menaiktaraf rangkaian bekalan paip air sepanjang 2,900km masih gagal. Tiada langsung kerja naik taraf mulai tahun 2018 hingga 2026.
  • Janji menaik taraf rangkaian internet di kesemua sekolah YIK, Kolej Universiti milik YIK, MAIK & premis milikan kerajaan negeri seperti MPKB, Pej Tanah, SUK, KUIS, AKSB, PKINK dan lain-lain. Gagal ditunaikan oleh Pas Kelantan.
  • Internet percuma: “Kelantannet” di semua premis kerajaan negeri. Sehingga kini tiada wifi percuma
  • Pembinaan bandar baru dengan Infra yang maju dan lengkap. Gagal ditunaikan. Berdasarkan rekod sehingga kini satu bandar baru tidak mampu dibina oleh kerajaan Pas Kelantan.

2) Pembinaan rumah untuk rakyat Kelantan/ RMMK

  • Tawaran harga murah tanah tapak rumah kepada setiap rakyat Kelantan. Gagal ditunaikan. Sehingga kini tiada tawaran murah kerajaan negeri Kelantan kepada anak atau perantau Kelantan.Ā 
  • Berdasarkan rekod kerajaan Kelantan telah menawarkan jualan tanah 99 tahun kepada beberapa syarikat swasta milikan cina DAP atau China Tanah besarĀ  untuk memiliki rezab tanah negeri Kelantan.
  • Program Rumah Dhuaafa kerajaan Negeri setiap Dun Kelantan. Gagal dilaksanakan. Sehingga kini sasaran 300 lebih buah rumah tidak mampu dibina kerajaan negeri di setiap 42 DUN Kelantan.
  • Janji keutamaan kepada ibu tunggal & OKU Kelantan untuk miliki rumah sendiri. gagal disediakan.
  • Program Kenang Budi Kerajaan Pas Kelantan untuk golongan ibu bapa rakyat Kelantan memiliki rumah milikan kerajaan Negeri Pas Kelantan. Gagal ditunaikan Pas Kelantan.
  • Penubuhan Tabung Amanah Perumahan Negeri. Gagal ditubuhkan.

3) Menyuburkan ekonomi.

  • Pembangunan ekonomi sempadan. Gagal dilakukan. Malah Bandar Pengkalan Kubur & Rantau Panjang sudah menjadi bandar mati. Tiada sambutan dari penduduk setempat dan pelancong luar Kelantan. Paling membimbangkan apabila bandar Kota Bharu juga telah mati nadi sosio – ekonominya mulai jam 7 malam.
  • Pembinaan Kampung Warisan. Sehingga kini tiada Kampung Warisan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Pas Kelantan.
  • Merakyatkan IKS. Pewartaan kawasan Industri halal. Gagal dilaksanakan oleh pihak Pas Kelantan. sehinga kini tiada halal hub di Kelantan.

4) Mendaulatkan agama

  • Penubuhan Institut Kemajuan Ekonomi Islam Kelantan. ADA? Sehingga kini masih belum pun wujud.
  • Memperkasakan Perundangan Syariah. Berdasarkan rekod sebanyak 3 kali Presiden Pas telah menangguhkan RUU355 / Hudud Pas Kelantan dalam Parlimen sepanjang tempoh sebelum PRU-14. Dan selepas PRU-15 pula, tiada usaha Presiden Pas untuk membawa usul pembentangan RUU355 ke parlimen dan Menteri Undang Undang daripada Pas/ Takiyuddin untuk meluluskan RUU355.
  • Pembangunan Aspek Islam dalam perbandaran seperti kebersihan tempat awam, tandas, persekitaran pantai yang bersih dan aapek bandar selamat. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan.

5) Kecemerlangan pendidikan

  • Insentif pembangunan kepada 42 sekolah YIK. Gagal diberikan
  • Kerajaan Pas Kelantan gagal untuk menubuhkan sebuah sekolah elit agama milikan penuh kerajaan Kelantan sehingga kini.
  • Menaik taraf pasarana 42 buah sekolah YIK dengan teknologi terkini. Gagal bohhh.

6) Pengurangan kos sara hidup rakyat

  • Bantuan caj perubatan kepada rakyat Kelantan. Gagal diberikan.
  • Membendung gejala sosial & keselamatan. Kalian rasa berjaya atau gagal? Sedangkan kerajaan negeri sendiri menyokong gejala mat rempit. Exco Negeri Pas Kelantan sendiri menganjurkan budaya sosial konvoi permotoran ke tempat port lepak merempit di Airport Antarabangsa Sultan Ismail Petra KB tanpa permit yang sah daripada pihak polis sebagai membantah tuduhan wakil rakyat PH yang mengatakan Airport dijadikan port merempit belia Kelantan setiap malam.
  • Manakala isu keselamatan pula, berdasarkan rekod PDRM Kelantan Kes jenayah bunuh pada tahun 2026 naik sebanyak 100%.

Manifesto Pas-PN Kelantan

1. Pembangunan bekalan air bersih dengan penjenamaan semula Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) & menambah simpanan bekalan air melalui projek takungan air pinggiran sungai (TAPS)Ā  & Bantuan pemasangan paip air oleh AKSB kepada rakyat B40 Kelantan. Gagal dilaksanakan.

2. Pembangunan sosioekonomi yang memberi fokus pembukaan bandar-bandar baru & bandar baru di sempadan Thailand. Anda sebagai anak Kelantan ada nampak pembukaan bandar baru dalam Negeri Kelantan dan bandar baru di sempadan Kelantan – Thai?

3. Menambah peluang pekerjaan & pertumbuhan ekonomi. Gagal ditunaikan. Bagaimana ingin menambah peluang pekerjaanĀ  & penjanaan ekonomi jika bandar seperti Rantau Panjang, Pengkalan Kubur , wakaf che yeh & Bandar Kota Bharu sendiri mulai jam 7 malam sudah kelihatan seperti bandar mati. Malah kehadiran pelancong luar Kelantan pun amat menyedihkan dan kadar penginapan hotel yang terlampau rendah.

Petikan MB Kelantan pada tahun 2023 semasa perlancaran Manifesto PN Kelantan Pru-15.

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika mengumumkan tawaran itu berkata, itu adalah program yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang sekiranya terus diberi mandat oleh rakyat.

“Ini bukan tawaran retorik atau janji kosong sebaliknya kesemua program itu akan dilaksanakan sebagai janji malam ini. Apa yang kita tawarkan itu juga mengikut keupayaan negeri selepas mengadakan perbincangan dan berharap rakyat terus mengekalkan pemerintahan Pas di Kelantan,” katanya.

4. Pelaksanaan perumahan penjawat awam kos rendah di setiap jajahan Kelantan. Sehingga kini gagal dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan di setiap 11 jajahan neheri di atas tanah milik negeri.

5. Pembinaan Pusat Pentadbiran Baru Jajahan bagi Machang, Tumpat & Kuala Krai. Sehingga kini pusat jajahan Daerah Tumpat, Machang & Kuala Krai masih lagi menggunakan bangunan sedia ada pusat Jajahan . Gagal dibina baru oleh kerajaan negeri Kelantan.

6. Pembinaan dua pusat Tahfiz baru milikan kerajaan Kelantan. Sehingga kini dua pusat Tahfiz yang dijanjikan pada tahun 2023 oleh MB Kelantan gagal dibina.

7. Menaiktaraf Pusat Pembangunan Wanita Kelantan kepada sebuah kolej negeri. Sehingga Mei 2026 Kerajaan Pas Kelantan gagal menaiktaraf – cadangan yang diulang siar mulai tahun 2015 lagi.Ā 

8. Menjadikan Bandar Kota Bharu sebagai Pintar & Bandar Baru Tunjong bandar Hijau dan Rendah Karbon. Gagal ditunaikan oleh kerajaan Negeri Pas Kelantan.

9. Membangunkan Taman Biodiversiti di setiap kawasan pihak PBT Kelantan. Gagal

10. Pembinaan KB SentralĀ  yang dijanji siap oleh Kerajaan Negeri pada hujung tahun 2026. Gagal

Nota * MB Kelantan dalam ucapannya mengatakan janji Manifesto dalam PRU terdahulu sudah mencapai sasaran sebanyak 98%Ā  serta Pas Kelantan meminta pihak Audit Luar untuk menilai pencapaian 98% tersebut.Ā 

MOHD. Asri Mat Daud menunjukkan dapatan peratus pencapaian manifesto PRU15 ketika ditemui selepas Mesyuarat Penyelarasan Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan 2026 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan semalam.