Marah BN kerjasama dengan PH, tapi Pas pun cari Umno jika ‘tak chukop jumloh’
Oleh AMAN MUHAMMAD
Pilihan raya hari ini, bukan lagi mengenai siapa menang banyak dalam pilihan raya. Bukan lagi mengenai siapa gerak solo dalam pilihan raya.
Tapi gabungan apa yang bakal dibentuk selepas pilihan raya.
Penganalisis berkata, pilihan raya selepas ini agak sukar untuk satu-satu gabungan menang tunggal, kerana untuk menjadi kerajaan mahu tidak mahu gabungan politik harus membentuk Kerajaan Perpaduan.
Ambil contoh Pas. Sebelum pilihan raya, Presiden Pas dengan angkuh berkata:
“TIDAK AKAN KERJASAMA DENGAN BN!”
“PAS RELA JADI PEMBANGKANG DARI KERJASAMA DENGAN BN!”
“JANGAN UNDI BN PENYAMUN!”
Namun, Allah nak tunjuk. Selepas PRU15, apa yang Pas buat?
Pas lah yang paling kalut dan pelahap pergi kutip SD-SD dari MP BN tanpa sebarang rundingan dengan Pengerusi BN.
Begitulah kehikpokritan dan kemunafikan Pas yang jelas Allah nak tunjuk. Samalah juga dengan hari ini.
Pas kononnya marah dengan BN gerak solo masa pilihan raya tapi selepas pilihan raya akan kerjasama balik dengan PH.
Sedangkan Pas sendiri jika tak chukop jumloh nanti, akan cari UMNO juga. Kenapa nak munafik sangat?
Beginilah. Untuk elakkan BN kerjasama dengan PH, Pas janganlah masuk bertanding. Biarlah BN satu lawan satu dengan PH.
Disebabkan ada pihak ketiga seperti Pas/PN lah menyebabkan berlakunya Kerajaan Perpaduan.
Jika tiada Pas/PN, maka BN dan PH tidak akan bekerjasama.
Untuk apa lagi Pas nak masuk bertanding jika BN dah lawan semua kerusi DAP?
Pas sendiri pun tak berani lawan kerusi DAP. Pengecut. Begitulah bila Allah nak tunjuk kemunafikan Pas.
BACA JUGA Walau hanya ada dua DUN di Melaka, PN mahu tanding semua 28 kerusi