AMANAH Johor siap siaga hadapi PRN, yakin rakyat Johor pilih kerajaan selari Persekutuan
AMANAH Johor mengambil maklum pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang telah diperkenankan oleh Pemangku Sultan Johor berkuat kuasa 1 Jun 2026.
Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, Pakatan Harapan Johor telah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, persiapan jentera parti telah digerakkan lebih awal sebagaimana yang diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung baru-baru ini.
Beliau menyatakan keyakinan bahawa rakyat Johor akan membuat pilihan yang terbaik dalam menentukan hala tuju pentadbiran negeri.
“Pakatan Harapan Johor sepertimana yang disebut dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru baru ini sudah pun menggerakkan jentera dan bersedia bagi menghadapi Pilihanraya Negeri kali ini.
“AMANAH Johor percaya rakyat Johor akan buat keputusan yang terbaik dalam memilih kerajaan negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh PMX iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan ringkas semalam
Semalam Onn Hafiz mengumumkan pembubaran Dewan DUN berkuat kuasa 1 Jun selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
BACA JUGA Bayangkan kalau PMX berada di situ, ramai ‘terkejut’ lihat Pas masuk gereja