Bekas YB Umno ditemui lemas

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Mohd Jamil Md Idross, 78, ditemui lemas di sungai berdekatan Kampung Telok Bagan, Tandop pagi tadi.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.50 pagi berhubung seorang lelaki dipercayai lemas di lokasi berkenaan

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, sebuah jentera bersama lima anggota dari BBP Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Salim Abdul Razak bergerak ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan orang awam bahawa seorang lelaki dipercayai lemas di sungai itu.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pencarian di permukaan air di sekitar lokasi mangsa dipercayai lemas,” ujarnya.

Wan Azizul berkata, mangsa ditemukan pada jam 8.05 pagi sebelum dibawa naik ke tebing sungai pada jam 8.18 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata beliau lagi.

Mohd Jamil merupakan mantan ADUN Pengkalan Kundor selama dua penggal iaitu 1995 hingga 1999 dan 2004 hingga 2008 atas tiket UMNO-Barisan Nasional (BN).

BACA JUGA ‘Selatan Untuk Pakatan’, Saifuddin yakin Johor mampu jadi titik permulaan kemenangan besar PH