Kluang Railcoffee rasmi dibuka di Menara Sentral RAC, perkasa nilai komersial aset rel negara

BERITA FOTO: Perbadanan Aset Keretapi (RAC) terus memperkukuh usaha pembangunan komersial aset rel negara menerusi pembukaan Kluang Railcoffee di Menara Sentral RAC, Brickfields, yang dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook hari ini. (Gambar: RAC)

Majlis peluncuran itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah, Ketua Pegawai Eksekutif RAC, Dato’ Azhar Ahmad, barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pengangkutan (MOT), wakil-wakil Kluang Railcoffee serta para jemputan.

Pembukaan outlet baharu Kluang Railcoffee di Menara Sentral RAC yang terletak berhampiran Kuala Lumpur Sentral merupakan sebahagian daripada strategi RAC untuk mengoptimumkan penggunaan ruang komersial di bawah pengurusannya, selain meningkatkan nilai tambah kepada bangunan tersebut sebagai hab perniagaan yang selesa dan mesra pengunjung.

Pembukaan outlet baharu Kluang Railcoffee di Menara Sentral RAC yang terletak berhampiran Kuala Lumpur Sentral merupakan sebahagian daripada strategi RAC untuk mengoptimumkan penggunaan ruang komersial di bawah pengurusannya, selain meningkatkan nilai tambah kepada bangunan tersebut sebagai hab perniagaan yang selesa dan mesra pengunjung.

Kerjasama antara RAC dan Kluang Railcoffee dilihat signifikan kerana kedua-dua jenama mempunyai kaitan rapat dengan sejarah serta perkembangan industri rel negara. Kluang Railcoffee yang diasaskan sejak tahun 1938 terkenal sebagai antara jenama kopi tempatan yang sinonim dengan budaya perjalanan kereta api dan warisan masyarakat Malaysia.

Pembukaan cawangan ke-11 Kluang Railcoffee di Malaysia ini bukan sahaja melengkapkan ekosistem perniagaan sedia ada di Menara Sentral RAC, malah menawarkan lebih banyak pilihan makanan dan minuman kepada warga kerja, pengguna perkhidmatan rel serta pengunjung yang berurusan di kawasan berkenaan.

Menurut RAC, inisiatif tersebut mencerminkan pendekatan strategik agensi itu dalam memperkasa aset rel melalui aktiviti komersial yang mampu menjana pulangan ekonomi, di samping mengangkat semula elemen warisan yang mempunyai hubungan erat dengan sektor pengangkutan rel negara. Menurut RAC, inisiatif tersebut mencerminkan pendekatan strategik agensi itu dalam memperkasa aset rel melalui aktiviti komersial yang mampu menjana pulangan ekonomi, di samping mengangkat semula elemen warisan yang mempunyai hubungan erat dengan sektor pengangkutan rel negara.