Tenat dah Pas ini, berpecah sesama Melayu Islam pun bertakbir

Tindakan petugas media Pas memaparkan lagak pimpinan Pemuda Pas Selangor bertakbir ketika menyahut keputusan Pas Pusat memutuskan hubungannya dengan Bersatu dikecam.

Ini kerana, rata-rata berpandangan tindakan Pas memutuskan hubungan dengan Bersatu bertentangan dengan seruan dan ucapan pimpinan Pas untuk menyatukan umat Islam dan Melayu.

Bagi mereka, seruan penyatuan ummah Pas hanya sekadar sembang dan retorik politik semata-mata.

“Nampak sangat..penyatuan Melayu tu takat sembang…Dengan Bersatu bukan penyatuan Melayu Islam ke Mat..Dalam Bersatu tu ada DAP ke Mat..Dah ranapkan Bersatu..eh ada ati nak muafakat nasional dengan Umno pulak..Memang HIPOKRIT korang. Setan-setan pun angkat tangan..”

Ia ditulis oleh Haizan Hassan ketika mengulas tulisan wartawan Harakah menerusi laman facebook beliau yang memaparkan tindakan Pemuda Pas Selangor yang bertakbir menyambut keputusan Pas Pusat memutuskan hubungan dengan Bersatu.

“Mesyuarat Dewan Harian Pemuda Pas Selangor menyahut keputusan Pas Pusat dengan laungan Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!” tulis Suffi Kamari, seorang wartawan Harakah yang aktif mempromosikan Pas di media sosial.

Pandangan Haizan juga selari dengan ramai lagi netizen ketika mengulas posting yang dibuat oleh wartawan Harakah ini.

Nazri D Anwar menulis, “MasyaAllah bertakbir atas perpecahan umat Islam. Tenat dah pas sekarang. Kalau perpecahan dengan Urimai takpe la bertakbir.”

Fadli Hamdani juga mempunyai pandangan yang sama.

“Bangga bila undi Melayu pecah dan beri nyawa pada PH menang pru 16. Kelakar la pak lebai,” tulis beliau.

“Sesama Melayu, sesama Islam berpecah-belah pun puak ni laung takbir, bersorak gembira. Betul-betul gila,” tulis Remy mengulas catatan wartawan Harakah itu.

BACA JUGA Asatizah teruja janji Ketua Pengarah JKOM baharu ajak mereka masuk media kerajaan