Hari mengundi PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan masing-masing berlangsung pada 11 Julai dan 1 Ogos.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat khas SPR di Putrajaya yang dipengerusikan Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun bermula jam 10 pagi.

Bagi PRN Johor, SPR menetapkan 27 Jun ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 7 Julai pengundian awal.
Sementara itu, bagi PRN Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala 28 Julai hari pengundian awal.
Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang mempunyai 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Seterusnya, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 4 Jun mengumumkan DUN Negeri Sembilan dengan 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA ‘Integriti bukan slogan’ – PMX mahu SPRM bertindak tanpa kompromi