Lim Sian See sahut cabaran debat dengan Syam Ghaz

Pengendali akaun media sosial pengkritik kerajaan yang dikenali sebagai Lim Sian See atau Eric See-To menyahut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pengarah JKOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz.

Dalam hantaran di Facebook, Sian See berkata, beliau ingin meliihat sejauh mana kehebatan Syam Ghaz sebagai KP JKOM baharu.

Beliau menyerahkan kepada Syam Ghaz untuk menetapkan lokasi serta tarikh perdebatan mereka.

“Saya confirm sahut cabaran kamu. Bila? Di mana? Siaran langsung atau tidak? Ada audience atau tidak? Cakap saja dan saya akan hadir 

“Tapi jangan cuba lagi hantar sub-con untuk wakil kamu,” katanya 

Sian See mendakwa Syam Ghaz cuba “menunjukkan taring” apabila terus mencabarnya untuk berdebat sejurus memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah JKOM.

“Hari pertama masuk kerja terus mahu tunjuk taring. Kalau macam ini, saya kena berhati-hati.

“Namun sebab saya ingin tahu dan ingin tengok kehebatan dia depan mata serta memberi peluang untuk dia bersinar dengan tayangkan kemampuan dia sebagai kepala JKOM, saya terpaksa bersetuju untuk debat dengan dia,” katanya.

BACA JUGA RM16 juta dianggap membazir, tapi RM81.5 juta era PN & RM30 juta zaman Najib, kenapa ‘bisu’?