Kisah baju koyak PMX dan Kak Wan
OLEH NORMAN RADZUAN
Akhlak Anwar, Wan Azizah dan keluarganya. Kisah baju koyak Anwar.
Baju koyak dipakai agak janggal dalam kalangan masyarakat kita. Apatah lagi dipakai oleh seorang Perdana Menteri.
Seperti biasa bila penyokong politik lawan menulis mereka menganggap ia sekadar gimik atau publisiti untuk meraih simpati rakyat.
Pedulikan kerana mereka tidak pernah mengenali Anwar dan keluarganya. Siang malam mereka hanya mendengar cerita dari musuh politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan dari mereka yang benar-benar mengenali Anwar.
Saya sebelum ini ada menulis mengenai baju koyak Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah), tidak sangka kali ini suaminya pula turut alami peristiwa yang sama.
Untuk mendapat kesahihan cerita sebenar baju koyak PM, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menghubungi isteri PM, Wan Azizah, tapi panggilan tidak dijawab.
Selepas setengah jam berlalu, Wan Azizah menghubungi Fahmi dan memohon maaf tidak menjawab panggilan telefon.
“Maaf tak perasan, tadi Kak Wan sedang menjahit baju suami yang koyak semalam.”
Terkejut Fahmi kerana Wan Azizah menjahit baju suaminya yang koyak. Boleh sahaja baju itu dibuang tetapi itulah sikap Anwar dan Wan Azizah.

Menurut Fahmi, Ketua Setiausaha Negara beritahu sebenarnya baju tersebut pernah koyak di sebelah kanan dan telah dijahit semula. Disebabkan kekerapan PMX memakai baju tersebut maka ia mudah koyak.
Kak Wan beritahu baju yang dipakai oleh PMX telah 10 tahun lamanya. Malah sebelum ini pernah dijahit sendiri oleh Kak Wan seperti yang diberitahu KSN kepada Fahmi.
3 tahun lalu mantan setiausaha politik Wan Azizah, Datuk Seri Zaliha, Datuk Romli, Ustaz Zambri (CEO Yadim) dan Syed Badlishah (setiausaha akhbar) pernah menceritakan kepada saya mengenai kemuliaan dan kerendahan hati Wan Azizah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan.
Datuk Romli beritahu di dalam penerbangan khas ketika Kak Wan menjadi timbalan perdana menteri, seorang pegawai unit tugas-tugas khas membisik ke telinganya.
“ Datuk baju TPM koyak…”
Sebaik sahaja diberitahu Datok Romli terus membisik ke telinga Kak Wan. Kak Wan terkejut lalu terus ke bilik air kapal terbang untuk menjahit baju tersebut.
Untuk pengetahuan, di dalam beg tangan Kak Wan sentiasa dibawa peralatan jahitan. Selepas kejadian itu, difahamkan rupa-rupanya baju yang koyak itu telah dipakai sejak bebelas tahun lamanya dan tidak hairan jika mudah koyak.
Pengalaman Syed Badlishah pula, dia terkejut apabila di satu majlis di sebuah masjid, bila Kak Wan membuka kasut, kasut tersebut hanyalah jenama Bata. Baginya tidak mungkin seorang TPM memakai kasut jenama murah tersebut.
Ustaz Zambri pula memberitahu, Kak Wan waktu menjadi TPM, setiap hari dia akan mengambil masa 30 minit untuk tidak diganggu kerana ingin membaca Al Quran.
Ceritanya pembacaan Kak Wan agak perlahan dari kebiasaan orang kerana Kak Wan akan membaca terjemahannya sekali.
Dr Zaliha pula memberitahu, ramai yang tidak tahu gelas yang dipakai Kak Wan juga merupakan tasbih. Kak Wan selalu pesan kami banyak berzikir untuk ketenangan hati.
Sebab itu jika Kak Wan menghantar suaminya ke lapangan terbang, dia akan mengirimkan tasbih sebagai bekalan.
Begitu juga walau sesibuk mana sekalipun, Kak Wan tidak mahu jadualnya mengganggu waktu solat.

Didikan akhlak yang baik diikuti anak pasangan ini, Nurul Izzah. Gambar itu diambil pada 2020 dan tahun 2026 saya secara peribadi pernah melihat Izzah memakai baju yanfgsama.
Malah baju-baju lain juga kerap saya lihat dipakai berkali kali di majlis yanf dihadirinya. Tapi itulah keluarga Anwar Ibrahim yang sangat bersederhana kehidupan mereka.
Jawatan dan kuasa bukan digunakan membolot harta rakyat untuk keluarga tetapi untuk menghambakan diri kepada rakyat.
Jika kita melihat Anwar, berapa helai baju Melayunya? Baju Melayu hitam untuk acara rasmi dan baju biru muda yang kerap digunanya berkali kali setiap hari Jumaat.
Kisah baju koyak PMX bukan dirancang untuk tujuan politik tetapi itulah kisah keluarga Anwar Ibrahim. Sama ada ia hendak dikaitkan dengan sifat ‘zuhud’ (hidup sederhana tanpa kemewahan), ia terpulang kepda penilaian peribadi masing-masing.
Tapi mereka yang mengenali siapa Anwar dan Wan Aziah, mereka tahu kedua pasangan suami isteri ini selesa mengulang pakai baju sama berbanding bermegah dengan pakaian berjenama mewah.
Selain cerita kisah baju kedua pasangan ini, kenalan yang bertemu saya bertanya, ‘PMX memang kelakar? Selalu tonton di media sosial PMX suka berjenaka dengan rakyat terutama anak-anak kecil.
Nurul Izzah beritahu, ibunya jauh lebih kelakar dari bapanya di rumah. Saya yakin dengan cerita tersebut kerana mantan-mantan pegawai Kak Wan memberitahu isteri Perdana Menteri ini memang seorang yang kelakar.
Moral dari cerita ini jika kita berlapang dada mendengarnya, kadangkala kita hairan kenapa Anwar ini dibenci begitu sekali.
Dia sanggup tidak mengambil gaji, sanggup bekerja 24/7 untuk pulihkan ekonomi negara malah ke sana sini mencari pelabur di luar negara.
Bila dia jadi PM, dia usaha untuk lawan rasuah, ‘untungnya’ berpuluh billion dan wang itu diberikan kepada petani-petani miskin.
Anwar buat subsidi bersasar walaupun dia tahu akan diserang golongan maha kaya. Penjimatan berpuluh billion itu Anwar berikan berpuluh billion kepada jutaan kakitangan awam yang telah 10 tahun tidak menikmati kenaikan gaji.
Anwar bukan seperti PM sebelum ini yang mahu jadi PM kerana ingin rompak kekayaan negara. Malah kerana keberaniannya dia diserang luar dan dalam dengan dana beratus juta ringgit untuk menjatuhkan dirinya.
Bagi Anwar dia redha jika itu kententuan Allah dan pilihan rakyat. Dia telah berusaha untuk memulihkan negara dan fokusnya juga untuk membantu orang miskin.
Kata Anwar, “Saya nak bersara dengan kasih sayang rakyat.”
…