‘We are ready to fight at all fronts’, Mahiaddin beri kata dua kepada Pas

Tindakan Pas memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, sekali gus membawa kemungkinan kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu boleh bersaing sesama sendiri dalam PRN.

Malah, Bersatu bersedia untuk menentang Pas di semua bahagian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan jika jalan musyawarah untuk memulihkan hubungan kedua-dua parti gagal.

Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yasin berkata, partinya akan menentang Pas sekiranya parti itu tidak mahu mencari titik persefahaman.

“‘We are ready to fight at all fronts‘. (Kami bersedia untuk berlawan di semua bahagian).

“Kita tidak apa orang kata, takut sangat. Politik itulah yang kita akan hadapi dan insya-Allah kita boleh berjaya.

“Ya, okay (jika Pas dan Bersatu bertembung di kerusi sama). Pasal tak ada lagi nak bermusyawarah.

“Kalau orang sana, kalau orang sini, (terus) nak lawan sesama kerusi,” katanya.

Mahiaddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam tadi.

Untuk rekod, Pas kini merupakan parti tunggal terbesar dalam PN di Dewan Rakyat dengan menguasi 43 kerusi Parlimen.

Sementara itu, Bersatu hanya berbaki 13 kerusi Parlimen selepas beberapa bekas Ahli Parlimen berubah sokongan atau berstatus bebas.

BACA JUGA Kisah skandal 1MDB untuk mudah faham