Langkah catur genius PMX: Minyak Rusia diikat 20 tahun, Petronas kuasai telaga gas terbesar dunia
OLEH ABIED ABDULLAH
Ketika pakar-pakar ekonomi ‘atas pagar’ sibuk meramal Malaysia bakal berdepan krisis tenaga ekoran pergolakan dunia di Selat Hormuz, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) senyap-senyap membuktikan apa itu maksud sebenar diplomasi keramat MADANI.
Bukan kaleng-kaleng. Dua berita besar yang keluar serentak dari Rusia dan Turkmenistan ini bukan sahaja menepis segala keraguan, malah mengesahkan satu perkara : PMX ialah seorang master strategist di pentas global.
1) 20 tahun jaminan Rusia : Putin buka paip kerana hormat PMX
Selat Hormuz bergolak, 70% import minyak kita sebelum ini terancam. Penentang kerajaan dah mula canang cerita rakyat bakal bergelap atau harga minyak bakal melambung.
Apa PMX buat? Beliau terbang terus ke Kazan, Rusia. Duduk empat mata dengan Vladimir Putin — salah seorang manusia paling berkuasa di dunia.
Hasilnya? Rusia rasmi beri jaminan bekalan minyak dan diesel kepada Malaysia selama 20 tahun!
Ini bukan perjanjian biasa. Ini adalah pengiktirafan politik tahap tertinggi. Putin tidak akan beri komitmen dua dekad kepada pemimpin yang “biasa-biasa”.
Rusia melihat Malaysia di bawah PMX sebagai rakan strategik yang stabil dan berani. Keputusan ini menoktahkan terus kegusaran keselamatan tenaga negara untuk generasi akan datang. Rakyat boleh tidur lena.
2) Turkmenistan buka pintu telaga gas terbesar dunia kepada Petronas
Sambil menyelam minum air, diplomasi MADANI melebarkan sayapnya ke Turkmenistan.
Hasil hubungan erat dan reputasi bersih yang dibawa PMX, Petronas diberi kepercayaan mutlak untuk terlibat dalam pembangunan antara medan gas terbesar di dunia.
Kenapa ini kejayaan besar? Industri minyak dan gas global ini penuh dengan persaingan jerung gergasi dari Barat dan Arab.
Realitinya : Turkmenistan memilih Petronas (Malaysia). Ini bukti “rezonansi” kepimpinan PMX yang dihormati di negara-negara Asia Tengah.
Petronas bukan sekadar cari makan di luar, tapi kita bawa balik kekayaan tenaga jangka panjang untuk kemakmuran rakyat Malaysia.
Kenapa ini ‘tamparan genius’ PMX kepada pengkritik?
Bukan sekadar sembang kosong : Diplomasi MADANI sebelum ini sering dituduh retorik. Hari ini, retorik itu bertukar menjadi minyak, diesel, dan gas yang akan menggerakkan ekonomi kita untuk berpuluh tahun ke depan.
Penebat krisis global : Di saat negara jiran bertungkus-lumus mencari alternatif tenaga, Malaysia di bawah PMX sudah mengunci bekalan dari dua gergasi tenaga dunia (Rusia & Turkmenistan). Ini dinamakan pandang ke hadapan.
Kedaulatan ekonomi terjamin : Kita tidak lagi tunduk atau bergantung kepada satu-satu laluan bekalan sahaja. Kebergantungan 70% di Selat Hormuz kini diimbangi dengan jaminan terus dari Rusia.
Khulasah : Malaysia berada di tangan yang betul
Ini bukan soal politik kepartian lagi, ini soal kelangsungan hidup negara (nasional survival).
Hanya pemimpin yang mempunyai pengaruh antarabangsa yang tulen, kebijaksanaan berunding, dan karisma peribadi seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu mengetuk pintu Kremlin, disambut hormat di Asia Tengah, dan membawa pulang jaminan keselamatan tenaga selama 20 tahun.
Suka atau tidak, PMX telah membuktikan bahawa di bawah payung MADANI, Malaysia tidak lagi sekadar menjadi ‘pemerhati’ di pentas dunia, tetapi kini menjadi pemain utama yang disegani global. Ekonomi kita selamat, masa depan tenaga kita terjamin!
HFM | Pengasas QLP