Adun Pas ini dihadap ke mahkamah esok

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok berhubung isu ‘pintu belakang’ universiti awam (UA).

ADUN Pas berkenaan berdepan pertuduhan berkaitan isu dakwaan akses pendidikan tinggi yang dibangkitkannya sebelum ini.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau akan hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi bagi menghadapi pertuduhan berkenaan.

Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah berkenaan dalam satu kenyataan berkata, dia sedia memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses perundangan membabitkannya berjalan.

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkenaan sebelum ini dilaporkan bersedia berdepan tindakan undang-undang berhubung dakwaannya mengenai kewujudan kemasukan pelajar ke UA tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU).

BACA JUGA PRN Johor: Ini senarai penuh 56 calon BN