Anwar zahir rasa sedih, sifatkan Abu Bakar Abd Hamid sarjana besar negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih atas pemergian mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Datuk Abu Bakar Abd Hamid.

Beliau menyifatkan Abu Bakar sebagai sarjana besar negara dan tokoh persuratan Melayu yang unggul, selain merupakan  watak penting dalam usaha penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

“Saya bersedih tatkala dikhabarkan mengenai berita seorang sarjana besar negara iaitu Emeritus Datuk Abu Bakar yang telah kembali ke rahmatullah. 

“Sebagai salah seorang anak muridnya, kami amat menyayangi dan mengasihi beliau tidak hanya sebagai seorang guru, namun juga sebagai seorang yang cintakan ilmu dan yang sentiasa memberi semangat kepada semua,” ucapnya di Facebook pagi ini.

Beliau turut mendoakan Allahyarham diampunkan segala dosa, diberikan kelegaan di alam barzakh serta dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

BACA JUGA Hanya tinggalkan PN, bentuk gabungan baru boleh selesaikan masalah Pas-Bersatu