Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam – Mohamad Sabu

FOTO BERITA: Program Sentuhan AgroMADANI & Minum Petang dihadiri oleh YB Datuk Seri Mohamed Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Nelayan Johor (LKIM) di Kopi Tenggek Tg Piai Cawangan Larkin Johor Bahru Johor. 27hb Jun 2026 (Sabtu)

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa segala isu dan keperluan yang dihadapi komuniti nelayan akan terus diberi perhatian oleh kementerian menerusi kerjasama rapat dengan pegawai di peringkat negeri dan nasional. ketika menghadiri Program Sentuhan AgroMADANI & Minum Petang bersama nelayan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kopi Tenggek Tanjung Piai Cawangan Larkin, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, LKIM kini muncul sebagai antara badan berkanun kerajaan yang mencatatkan prestasi kewangan memberangsangkan, malah berjaya berkembang ke bidang baharu termasuk sektor perhotelan.

“Syabas kepada para nelayan dan LKIM yang berjaya menguruskan organisasi dengan baik sehingga mampu menjana keuntungan. Kerajaan juga memberi kepercayaan kepada LKIM untuk terlibat dalam rundingan antarabangsa berkaitan pembahagian hasil tangkapan ikan di perairan antarabangsa,” katanya. Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti model kerjasama antarabangsa seperti yang diamalkan di Eropah bagi memastikan negara berhampiran turut menerima manfaat daripada hasil tangkapan di laut antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel nelayan dengan harga RM1.65 seliter bagi membantu mengurangkan kos operasi golongan berkenaan. Beliau turut memaklumkan kerajaan sedang meneliti rayuan nelayan kategori C2 yang belum menikmati subsidi diesel agar perkara itu dapat dipertimbangkan di peringkat Kabinet.

Mohamad turut menggesa nelayan mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan sangkar dan bioflok, sambil memaklumkan kementerian bersedia membantu melalui LKIM kepada mereka yang mempunyai kawasan sesuai. .

Selain itu, beliau berkata kementerian terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara melalui kempen “Tanam Apa Yang Kita Makan, Makan Apa Yang Kita Tanam” dengan menggalakkan rakyat memanfaatkan ruang di kediaman masing-masing untuk menanam tanaman makanan

Selain itu, beliau berkata kementerian terus memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara melalui kempen “Tanam Apa Yang Kita Makan, Makan Apa Yang Kita Tanam” dengan menggalakkan rakyat memanfaatkan ruang di kediaman masing-masing untuk menanam tanaman makana
Katanya, pendekatan itu merupakan kesinambungan kepada semangat Buku Hijau yang pernah diperkenalkan sebelum ini bagi meningkatkan sara diri rakyat dalam pengeluaran makanan. Menyentuh perkembangan antarabangsa, Mohamad berkata usaha diplomasi ekonomi yang digerakkan Perdana Menteri berjaya membuka peluang baharu kepada negara termasuk dalam aspek keselamatan bekalan tenaga melalui kerjasama dengan beberapa negara pengeluar minyak dan gas.

Beliau turut memaklumkan pusat pertanian Malaysia di Asia Barat akan dipindahkan ke Uzbekistan bagi memperkukuh kerjasama pertanian dan penyelidikan dengan negara-negara Asia Tengah.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa sebarang pengumuman bantuan baharu tidak dapat dibuat ketika tempoh kempen pilihan raya bagi mematuhi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun segala aduan dan permohonan masih boleh dikemukakan kepada pegawai kementerian untuk tindakan lanjut.

Beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan, LKIM dan komuniti nelayan dapat terus diperkukuhkan demi meningkatkan pendapatan nelayan serta menjamin keterjaminan makanan negara.
