Amirudin yakin sokongan terhadap calon PH di Batu Pahat terus meningkat

FOTO BERITA: Walkabout calon Harapan N.17 Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar dan calon N.23 Penggaram Felicia Poh Rui Ling bersama YAB MB Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari di Bandar Batu Pahat, Johor. 2hb Julai 2026 (Khamis)

Kempen walkabout calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar, dan calon DUN N.23 Penggaram, Felicia Poh Rui Ling, bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, di sekitar Bandar Batu Pahat hari ini mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

Amirudin berkata, penerimaan pengundi terhadap kedua-dua calon semakin memberangsangkan, khususnya Mohd Khuzzan yang pernah bertanding di kawasan itu dan sudah dikenali ramai penduduk.

Menurut beliau, sokongan terhadap calon-calon PH dilihat terus meningkat sepanjang minggu pertama kempen selepas hari penamaan calon, sekali gus memberikan keyakinan kepada gabungan itu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan negeri, Amirudin berkata fokus utama PH ketika ini adalah memperoleh mandat rakyat, manakala sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik hanya akan dibincangkan selepas pilihan raya sekiranya perlu.

“Yang penting ialah kematangan politik akan diuji sama ada kita mahu melihat sebuah kerajaan negeri yang stabil ataupun sebaliknya. Pengalaman pada 2022 telah memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan telah membuktikan keberkesanannya dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara serta menarik pelaburan yang tinggi.

Katanya, kestabilan politik membolehkan negara menyerap pelbagai cabaran ekonomi global dan memberikan keyakinan kepada pelabur, justeru pendekatan itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat.

Amirudin berkata, sepanjang program walkabout itu, maklum balas yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan dengan kebanyakan pengundi menyatakan sokongan terhadap calon-calon PH.

Amirudin berkata, sepanjang program walkabout itu, maklum balas yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan dengan kebanyakan pengundi menyatakan sokongan terhadap calon-calon PH.