Tidak kira ramalan cerdik pandai atau ‘pak belalang’, DAP fokus kerja keras
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim, berkata, ramalan yang dibuat menjelang pilihan raya tidak semestinya mencerminkan keputusan sebenar di peti undi.
Menurut beliau, adalah perkara biasa untuk pelbagai pihak mengeluarkan ramalan mereka
Tambah Sim, keyakinan parti untuk mempertahankan dan memenangi kerusi bukan bersandarkan ramalan, sebaliknya usaha berterusan pemimpin serta jentera parti dalam menyakinkan pengundi.
“Dalam musim pilihan raya memang ada banyak ramalan. Ada ramalan orang cerdik pandai, ada ramalan orang pakar, ada juga ramalan macam Pak Belalang.
“Bagi DAP, tugas kita ialah turun padang dan bekerja keras, tidak kira apa juga ramalan orang.
“Saya yakin usaha dan dedikasi wakil rakyat serta pemimpin kita mampu menyakinkan pengundi. Ramalan ini kita ambil sebagai rujukan sahaja, tidak kira ramalan siapa. Yang penting usaha perlu terus dipergiatkan,” katanya menurut FMT ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama usahawan Tekun, di Jementah..
Hari ini bekas MP Bangi, Ong Kian Ming mendakwa BN berpotensi menang besar dalam PRN Johor.
Beliau meramalkan BN boleh meraih sehingga 53 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada 11 Julai ini.