Puad Zarkashi umum sokong calon PH di DUN Rengit
Bekas pemimpin Umno yang juga bekas ADUN Rengit, Datuk Dr Puad Zarkashi menyatakan sokongan beliau kepada calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Yazid Bakri di DUN tersebut.
Menurut Puad, beliau memilih untuk menyokong Mohamad Yazid atas faktor peribadi calon itu, termasuk statusnya sebagai anak jati Rengit yang menetap di kawasan berkenaan dan dekat dengan masyarakat setempat.
Beliau berkata, Mohamad Yazid bukan sahaja berasal dari Rengit, malah tinggal di kawasan itu serta memahami sendiri keperluan penduduk tempatan.
Selain itu, Puad menyifatkan Mohamad Yazid sebagai individu yang aktif dalam masyarakat dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Surau Al-Wusto Rengit.
“Sekarang saya tidak berparti. Saya pilih calon kerana peribadi calon.
“Justeru saya pilih Saudara Yazid kerana dia anak jati Rengit, tidak duduk di bandar, menetap di kawasan ini, rumahnya di Rengit dan merupakan Pengerusi Surau Al-Wusto Rengit,” katanya menerusi satu poster kempen yang dimuat naik di media sosial.
Poster itu turut membawa slogan”Orang Rengit Jaga Rengit” selain memaparkan nombor calon dan lambang PH bagi menyeru pengundi memberikan sokongan kepada Mohamad Yazid.
Puad sebelum ini mengumumkan keluar parti selepas mendakwa Umno tidak mengendahkan cadangan untuk menampilkan anak muda di DUN tersebut.
Untuk rekod Barisan Nasional (BN) mencalonkan Mohd Zaidi Japar untuk mempertahankan kerusi itu dan ditentang Yazid serta Syed Mohamad Syed Alwi dari Perikatan Nasional (PN