500 penduduk DUN Rembia terima sumbangan ayam menerusi Program Sentuhan MADANI

FOTO BERITA: Program Sentuhan MADANI PKR Cabang Alor Gajah edar 500 ekor ayam di N.06 DUN Rembia, Alor Gajah Melaka. 4hb Julai 2026 Sabtu. (Gambar FB Cabang Keadilan Alor Gajah)

Seramai 500 penduduk di Zon Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Petai, N.06 DUN Rembia menerima sumbangan ayam menerusi Program Sentuhan MADANI yang diadakan sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.

Penyelaras KEADILAN N.06 DUN Rembia merangkap Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal (gambar kanan), berkata program itu mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat yang memerlukan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas keprihatinan kerajaan yang terus mengutamakan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif berimpak tinggi.

“Program seperti ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus membantu rakyat dan memastikan kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Mohd Khuzaire turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Azman Abidin atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera KEADILAN Cabang Alor Gajah, pimpinan Pakatan Harapan, para sukarelawan serta semua pihak yang berganding bahu menjayakan pengagihan bantuan tersebut.

Menurutnya, semangat kerjasama dan kebersamaan menjadi kekuatan utama dalam memastikan bantuan dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat

Mohd Khuzaire berkata pihaknya akan terus komited turun padang, mendengar denyut nadi rakyat serta memberikan khidmat terbaik demi kesejahteraan penduduk DUN Rembia dan Parlimen Alor Gajah.
