Mat Sabu mahu mandat kukuh buat PH, ajak pengundi nilai calon bukan kaum

FB Live⦠Ceramah Jelajah ‘Johor Ke Depan Undi Harapan’ PRN Johor di Perkarangan Pasaraya Jiason, Masai, Pasir Gudang, Johor. 5hb Julai 2026 (Ahad)

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, menyeru rakyat Johor supaya menolak politik perkauman dan memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor demi membina sebuah kerajaan yang berteraskan perpaduan, integriti dan khidmat kepada rakyat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berlepas ke Teheran, Iran, bagi mengetuai delegasi Kerajaan Malaysia untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Seyyed Ali Khamenei terus pulang ke Johor untuk menyertai kempen PRN.

Menurut beliau, komitmennya pulang lebih awal menunjukkan betapa pentingnya pilihan raya Johor kepada Pakatan Harapan.

Dalam ucapannya, Mohamad turut berkongsi pengalaman menyaksikan penghormatan tinggi rakyat Iran terhadap pemimpin mereka yang disifatkan mengabdikan seluruh hidup untuk negara tanpa mengejar kekayaan atau kemewahan.

Dalam ucapannya, Mohamad turut berkongsi pengalaman menyaksikan penghormatan tinggi rakyat Iran terhadap pemimpin mereka yang disifatkan mengabdikan seluruh hidup untuk negara tanpa mengejar kekayaan atau kemewahan.

Beliau berkata sifat kepimpinan yang berintegriti dan sanggup berkorban demi rakyat perlu dijadikan teladan oleh semua pemimpin.

“Sebagai pemimpin, kita mengambil gaji dan elaun yang sah, tetapi jangan sesekali menyalahgunakan jawatan untuk mengumpul kekayaan. Integriti adalah asas kepada sebuah kerajaan yang baik,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan bahawa perjuangan menegakkan keadilan tidak mengenal bangsa atau kaum dengan mengambil contoh tokoh dunia seperti Mahatma Gandhi dan Ho Chi Minh yang dihormati kerana jasa serta pengorbanan mereka.

Menurutnya, seseorang itu harus dinilai berdasarkan kejujuran, keupayaan dan komitmen berkhidmat, bukannya latar belakang kaum.

Menurutnya, seseorang itu harus dinilai berdasarkan kejujuran, keupayaan dan komitmen berkhidmat, bukannya latar belakang kaum.

Beliau turut mengkritik pihak yang memainkan sentimen perkauman sepanjang kempen pilihan raya, khususnya dengan menjadikan DAP sebagai bahan momokan untuk meraih sokongan politik.

Katanya, kerjasama antara parti dalam kerajaan berlaku di beberapa negeri termasuk yang diterajui Barisan Nasional sendiri, justeru memainkan isu kaum hanya bertujuan mengelirukan pengundi.

“Kebaikan dan keburukan tidak terletak pada sesuatu kaum. Dalam setiap kaum ada orang yang baik dan ada juga yang tidak baik. Yang penting ialah integriti dan kesungguhan seseorang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Mohamad berkata Amanah sebagai parti yang berteraskan nilai Islam terus mempertahankan prinsip bahawa Islam membawa rahmat kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau turut mengajak rakyat Johor mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk kerana kestabilan dan perpaduan merupakan asas kepada pertumbuhan ekonomi serta kemajuan negeri.

Menjelang hari pengundian pada 11 Julai ini, Mohamad menyeru pengundi supaya memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan agar gabungan itu memperoleh majoriti kerusi untuk mentadbir Johor.

Ceramah itu turut dihadiri pimpinan Pakatan Harapan serta calon-calon PH yang bertanding di kawasan sekitar Pasir Gudang.