Onn Hafiz dipersoal berkempen dalam program Jelajah TVET MARA

Berlegar rakaman Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi didakwa berkempen di dalam program Jelajah TVET MARA.

Kedengaran Onn Hafiz menyeru para pelajar sebuah kolej pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang merupakan pengundi muda berusia 18 tahun untuk mengundi calon BN.

Dalam satu poster program itu jelas tertulis bahawa penyertaan adalah wajib. 

Pelajar juga dikumpulkan, dibawa dengan pengangkutan yang disediakan dan program ini dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor.

Namun persoalan timbul apabila pelajar hadir ke program pendidikan tetapi disajikan dengan kempen politik.

Semalam, calon Pakatan Harapan (PH), Perling Tee Boon Tsong mendakwa beliau menerima aduan pelajar kolej TVET yang dikehendaki menghadiri acara di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kluang itu.

Tee mempersoalkan dakwaan penggunaan premis agensi kerajaan untuk kempen pilihan raya kerana premis itu bukan aset BN.

BACA JUGA Umno,Pas, Reset sedia benam Bersatu di Johor