Siapa sebenarnya yang jahanamkan FELDA? Satu per satu pekung terbuka
OLEH ABIED ABDULLAH
Sebut jer pasal FELDA, semua orang tahu ini adalah institusi untuk membantu orang Melayu, membantu peneroka-peneroka luar bandar bina hidup baru.
Tapi apa yang terjadi masa zaman pentadbiran Najib Razak? Institusi yang sepatutnya membela nasib ratusan ribu petani dan peneroka ni jadi lubuk makmur buat kroni, manakala peneroka pula terkorban dan terpaksa menanggung beban kerugian yang bukan kepalang!
Mari kita buka satu-persatu pekung dan “pola keputusan jahanam” yang merugikan berbilion ringgit duit rakyat masa zaman Najib.
Projek Sturgeon : Projek khayalan gagal total, RM47.6 juta hangus!
Siapa sangka agensi peneroka getah dan kelapa sawit tiba-tiba nak buat projek ikan Sturgeon? Bunyi macam gempak, tapi realitinya ia adalah kegagalan total!
Duit sebanyak RM47.6 juta lebur begitu sahaja tanpa ada pulangan, tiada aset, dan tiada langsung pemindahan teknologi yang dijanjikan. Lebih melucukan lagi menyakitkan hati, ladang akuakultur pun tak dapat dibina sebab kelulusan tapak kena tarik balik.
Kontraknya pula berat sebelah dan langsung tak menguntungkan FELDA. Akibatnya? Pada tahun 2017, SPRM terpaksa turun padang tahan 3 pegawai aktif dan 2 bekas pegawai FELDA. Walaupun ada kes pecah amanah RM47.6 juta yang dituduh, yang pastinya duit berjuta-juta milik agensi peneroka itu dah selamat hangus jadi abu!
Skandal beli hotel ‘kroni’ : dua kali ganda harga sebenar
Ini satu lagi lawak jenaka yang amat zalim. Melalui FELDA Investment Corp (FIC), mereka pergi beli Hotel Merdeka Palace kat Kuching dengan harga RM160 juta! Korang tahu tak nilai sebenar hotel tu masa tu? Cuma sekitar RM80 juta jer! Maknanya apa?
Mereka sengaja bayar hampir 2 kali ganda harga pasaran! Siapa yang kenyang? Siapa yang untung atas angin dapat baki RM80 juta tu? Yang pasti bukan peneroka FELDA, tapi poket-poket pihak berkepentingan yang bermaharajalela masa tu.
Projek Pastei Korea ‘Savaro’ : Perniagaan syok sendiri yang merugikan
FELDA jual pastri Korea? Ya, inilah jenama Savaro yang beroperasi dari tahun 2013 hingga 2016 membawa konsep pastri Schneeballen. Akhirnya, perniagaan mengarut ni rugi lagi RM2.24 juta.
Bukan setakat rugi, pengurusannya pun penuh ketidakaturan, sehinggakan pembayaran sewa pun kantoi tak mengikut akaun pemilik premis yang betul. Projek entah apa-apa, pengurusan ke laut!
Pola Keputusan Yang Gagal, Lemah & Longgar
Bila kita tengok balik semua benda ni, ia bukannya satu kebetulan. Ini adalah satu pola atau trend keputusan yang memang sengaja dicipta untuk merugikan :
— Projek mega yang acap kali diluncurkan tanpa sebarang hasil.
— Pembelian aset-aset yang sengaja diletakkan harga terlampau mahal demi komisen.
— Perniagaan merapu yang akhirnya gagal dan rugi berjuta-juta.
— Tadbir urus yang sangat lemah dengan pengawasan yang sengaja dilonggarkan!
Bilion ringgit duit institusi peneroka habis dibelanjakan dan dipersia-siakan, tetapi akhirnya marhaen dan peneroka di bawah yang terpaksa menanggung segala kerugian dan hutang. Skandal demi skandal terjadi tanpa ada sebarang reformasi yang menyelamatkan institusi ini.
Siapa dalang utama di sebalik segala malapetaka dan kegagalan ini? Jawapannya tak lain tak bukan ialah Najib dan kroni-kroninya!
Mereka yang buat onar, ratusan petani dan vendor yang menjadi mangsa korban. Jangan biarkan pengkhianatan terhadap peneroka FELDA ini dilupakan begitu sahaja!