KEPUTUSAN TIDAK RASMI | Tonik awal PH, mendahului di Bekok dan tiga kerusi Johor Jaya
Pakatan Harapan (PH) menerima suntikan semangat pada peringkat awal pengiraan undi apabila mendahului dalam beberapa keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Di DUN Bekok (N06), calon PH, Tay Yok Jiuen, berada di hadapan dengan 352 undi, meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Tan Chong, yang memperoleh 112 undi, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat petang ini.
Sementara itu, keputusan tidak rasmi yang dikongsi bagi kawasan Johor Jaya turut menunjukkan PH mendahului di tiga kerusi.
Di N42 Johor Jaya, calon PH, Lee Wern Ying, memperoleh 98 undi, mengatasi calon BN, Chan San San, yang mendapat 67 undi. Dua lagi calon, masing-masing daripada Parti Bersama Malaysia dan Bebas, belum memperoleh sebarang undi ketika keputusan itu direkodkan.
Selain Johor Jaya, keputusan tidak rasmi bagi N45 Stulang dan N46 Perling juga dilaporkan menunjukkan PH berada di hadapan pada peringkat awal pengiraan, namun jumlah undi terperinci bagi kedua-dua kerusi itu masih belum diumumkan.
Bagaimanapun, semua angka yang beredar ketika ini masih bersifat tidak rasmi dan tertakluk kepada pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses pengiraan undi selesai.
PRN Johor kali ini menyaksikan persaingan sengit bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan keputusan rasmi dijangka diumumkan secara berperingkat pada malam ini.